Total Pageviews

Wednesday, 25 March 2015

Guna Duit Simpanan untuk Bayar Bil Rawatan Hospital?


Bila dengar je aku ni ejen insurans terus makcik-makcik tutup pintu rumah kan? Tapi aku tak jual insurans dari pintu ke pintu, ni metafora je noks..

Ada a few client aku yang mulanya cakap 'Eh tak payah la buat insurans takaful ni, aku tak pernah lagi masuk hospital. Nanti rugi je aku bayar bulan-bulan'. Okay.. baru aku tau kau ada 'ilmu kebal'. Aku tak kesah nak ambil ke tak, just my advice ni persediaan kita bila suatu hari nanti kita di diagnose ada penyakit kritikal. Masa tu hospital nak kita sediakan RM30K untuk pembedahan. Mana nak cari duit? Korek duit simpanan, cukup tak? Bil rawatan susulan macam mana pulak? Aduhhh.. banyak nak pakai duit kan? 

Seorang prospek ni bertanya pada aku.. Dia nak buat medical card sebab sekarang dia tengah buat rawatam kimoterapi kerana dapat Kanser Limfoma Tahap 2. Allahuakbar... Tak sampai hati rasanya nak bagi tahu yang mana-mana company insurances takkan terima permohonan penyakit sedia ada. Memang aku kesian tapi terpaksa juga bagi tahu. Umurnya baru dalam 20-an. Sebab tu aku cakap kita ni sakit tak kira tua atau muda. 

Okay.. kau cakap rugi bayar tapi tak sakit-sakit jugak. Katakan tahun pertama kau takda tuntutan, maka tahun ke-2 kau dapat diskaun 20% daripada MAA TAKAFUL. Sama macam tahun-tahun seterusnya. Apa yang rugi dah kalau kau dapat diskaun? 

Maka aku nak mengajak korang berfikir tentang masa depan kita dan orang disekeliling kita jika apa-apa terjadi pada kita. 


Kanser menyerang kita tak kira tua atau muda. MAA TAKAFUL cover bil rawatan hospital korang dan bagi pampasan jika ambil life insurans juga. Pelan untuk wanita pun ada khas untuk penyakit-penyakit kritikal yang dihadapi wanita. 




No comments:

Post a Comment