Total Pageviews

Tuesday, 10 March 2015

Dinner di ROA by Jovian Mandagie

Siapa pernah makan di ROA? Sumpah sedap! Haa.. memang betul sebab masakan Manadonese nya super pedas & sedap. Sesiapa penggemar masakan pedas boleh lah berkunjung ke sini. Pemiliknya adalah Jovian Mandagie iaitu pereka fesyen Malaysia. Kenapa masakan Manado yg diperkenalkan? Sebab Jovian ni half Indonesian which is from Manado iaitu terletak di Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Memang berasap lah lidah & telinga menanggung pedas tak terkata drpd Ayam Rica-rica. Sedap tapi super pedas! Kene bertenang dulu sebab tahan pedas pastu baru sambung makan balik.. hahaha




Cantik kan lampu meja ni



Kuah Asam Marlin - RM25

(Ikan Marlin yg sangat juicy & pedas)



Ayam Tuturaga - RM12.50 & Kukis Kelapa - RM4

(Ayam Tuturaga ni tak pedas sangat. Kukis Kelapa tu manis, sesuai makan untuk hilangkan pedas)




Ayam Rica-Rica - RM12.50

(Inilah yang buat aku tak tentu sebab super pedas! Tapi nak teruskan makan jugak sebab sedap sgt.. hehe)



Makanan di ROA memang agak mahal tapi berbaloi nak cuba untuk pertama kali sebab dapat merasa masakan Manado. Yang ni aku makan di Shah Alam, ada juga cawangan nya di Bangsar. Cuba tau! 




No comments:

Post a Comment