Total Pageviews

Monday 20 April 2015

Woman Are Not A Psychopath, Woman Are High-Functioning Sociopath


To all woman, do you have this feeling before? Yup.. sometimes woman are too complicated. The worst time when a woman have a menstruation period. Ohhh God! Perasaan bercampur-aduk, cepat touching, cepat marah, cepat merajuk dan tiba-tiba je nak nangis. We are not a psychopath, we are high functioning sociopath! All Hail Women! 

Thursday 16 April 2015

Les Catacombes, Paris


Siapa pernah tengok movie As Above So Below? Aku baru je lepas tengok movie ni, memang agak dupdapdupdap jugak jantung sambil tengok. Tapi aku bukan nak review cerita tu tapi nak cerita tentang The Catacombs di Paris. Lokasi ni yang menjadi tempat pengambaran dorang. Nak dijadikan cerita sekumpulan manusia ni nak mencari Flamel's Philosopher Stone yang menurut lagenda bahawa batu ni boleh menghidupkan yang mati dan menukar besi kepada emas. Seorang archaeologist ni dapat tahu yang batu ajaib tersebut tersembunyi di dalam The Catacombs . So bermula lah adventure dorang untuk mencari baju ajabib tersebut yang terletak di dalam The Catacom
bs iaitu kubur di dalam tanah yang mengandungi 6 juta mayat yang hanya tinggal tengkorak dan tulang.

The alchemists percaya bahawa nombor yang mewakili syaitan adalah 741 iaitu menjurus kepada Neraka terletak 741 kaki dibawah tanah. So dorang jugak percaya yang batu tersebut terletak diantara Bumi dan Neraka iaitu 370 kaki dibawah tanah. Paris memang mempunyai bawah terowong bawah tanah yang dibina pada zaman dahulu, disebabkan tulah mereka nak melalui The Catacombs untuk mencari batu ajaib tersebut. 


Stop! This is the empire of the dead.

Ini adalah pintu masuk ke The Catacombs. Pada tahun 1700, orang-orang di Paris menguburkan mayat disekitar gereja, tapi bila zaman makin maju dan berkembang, tanah dan ruang untuk perkuburan makin terhad dan dorang decide untuk meletakkan mayat tersebut hanya pada satu tempat iaitu kuari The Catacombs. Teknik mereka menguburkan mayat juga menyebabkan pencemaran kepada saluran air bawah tanah dan bau busuk yang melampau. Acara memindahkan tulang tersebut diantara tahun 1786-1788 dan sepanjang acara tersebut, kuari itu dirahmati mengikut kepercayaan agama mereka. Hingga sekarang, jumlah mayat yang terkubur disini adalah sehingga 6 juta mayat. 

Walaupun ramai orang dah melawat sejak tahun 1867, tetapi rangkaian terowong-terowong di dalam The Catacombs masih lagi menjadi rahsia dan belum terungkai sehingga sekarang. 









Wednesday 15 April 2015

9 Days Until The Wedding


I'm super excited to get married! Its chalked my feeling up to simply being cold feet.




Monday 13 April 2015

Fesyen Baju Terkini Wanita

Siapa suka shopping di Zalora? Tipu lah tak suka kan.. Rambang mata dok tengok 'Eh.. cantiknya peplum ni, cantiknya jubah ni' & blah blah blah.. hehehe.. Sebagai WANITA yang dilahirkan dengan nafsu shopping, of course Zalora adalah diantara hub shopping pilihan aku. 

Tapi tau ke korang trend fesyen baju terkini wanita unutk tahun 2015 ni? Mesti ada yang xnak ketinggalan zaman tapi masih nak tutup aurat kan. Oleh kerana sifat fesyen itu sendiri yang sangat dinamik dan sentiasa berubah, tidak hairanlah trend pakaian yang sedang popular dalam pasaran sentiasa menjadi pilihan untuk diketengahkan. Malah semua orang tahu apa yang popular pada hari ini, tidak semestinya akan menjadi pilihan pada hari esok. Kebiasaannya sesuatu trend itu tidak akan kekal lama menjadi pilihan melainkan ianya diberikan sentuhan baru yang lebih segar dan terkini untuk terus kekal relevan dalam pasaran.

Okay.. sekarang aku nak bawa korang cuci mata ke FESYEN BAJU TERKINI WANITA 2015. 

1. Dress Peplum 

Baju dress peplum adalah trend yang telah menjadi pilihan ramai wanita beberapa tahun yang lepas namun popularitinya berada di puncak pada tahun 2014. Apa yang boleh dilihat the added flounce memberikan bentuk yang lebih menonjol untuk rekaan koleksi peplum dress 2015.





2. Stuctured Crop Top

Structured crop top menjadi pilihan banyak jenama hebat untuk musim ini. Ianya boleh digayakan dengan hampir apa sahaja seperti skirt yang menawan dan slouchy pants. 



3. Pre-knotted Top 

Pre-knotted top ialah tentang oversized women tops tetapi diberikan sentuhan rekaan yang lebih lembut dengan stail yang lebih segar. Ianya merupakan pilhan yang baik untuk tampil elegan walau ke mana jua. 









Wednesday 8 April 2015

Dugaan Sebelum Kahwin

Assalamualaikum..

Siapa nak kahwin kat sini? Yang dah kahwin ada tak? Apa dugaan yang korang hadapi semasa dalam proses merancang nak kahwin? Dugaan tu takkan pernah lari daripada manusia, ianya lumrah hidup. Dugaan ni Allah bagi bersebab, samada kita mampu handle dengan baik atau end up dengan buruk. Apa yang ditulis mungkin boleh dijadikan panduan.



Duit adalah masalah paling besar kalau nak kahwin zaman sekarang. Apa yang tak masuk akal adalah hantaran ikut pekerjaan & pendidikan. Like seriously? Kalau ada Phd hantaran 20k? Mampu ke lelaki tu? Persoalannya adalah samada pasangan tu sama-sama memahami keadaan masing-masing atau tidak. Katakan lelaki tu hanya lepasan degree dan 4 tahun bekerja dan range gaji hanya 4k. Mampu nak bagi hantaran 15k pada pihak perempuan? Mungkin mampu kalau dia memang rajin menabung. Kos mas kahwin, cincin berlian, kenduri belah lelaki macam mana pula. Mesti dalam 40k pihak lelaki tu kena sediakan. Apa fungsi kita sebagai pasangan mesti lah kurangkan beban lelaki. Jangan lah meminta-minta dengan over sebab yang penting adalah kehidupan lepas kahwin. Nanti lepas habis kenduri mesti nak masuk rumah baru. Sekarang duduk flat je sewa dah RM800, lepas tu nak beli peti ais, mesin basuh, tilam, tv dan macam-macam lagi. Perempuan yang tak memahami akan letakkan semua beban tersebut pada lelaki sahaja. Jangan lah macam tu, kita nak hidup seumur hidup. Mestilah kene bekerjasama dan saling memahami. 

Gangguan orang ke-3 pun kadang-kadang jadi punca bergaduh. Terus terang aku pernah bertunang dan akhirnya putus. Sekarang ni ada juga kadang-kadang x-tunang mengacau luahkan rasa menyesal bagai. Sorry bro.. what past is past okay.. Masa ni lah kita kene kuatkan hati supaya pilihan yang kita buat adalah terbaik dan mantap untuk kita. Jangan disebabkan orang ke-3 tu buat kita bergaduh besar. Macam aku dengan Fadly, kitaorang sama percaya satu sama lain, if ada gangguan pihak ke-3, just terus terang dan jangan sorokkan. 

Masa dalam proses nak kahwin ni lah kita akan ada pengalaman Stupid Argument with our parents. Yes! Sebab setiap kali mak aku call dia mesti tanya benda yang adik aku 2 orang kat rumah mak aku boleh jawab dengan lancar. Warna langsir pun boleh gaduh tau. Semalam pulak pasal carpet.. hehehe.. Bukan lah gaduh besar tapi biasalah anak beranak.. Mak nak warna ni, aku nak warna ni. Sambil on the phone dengan mak, sambil pilih bunga telur. Sabaq nooo...

Stres pikir ada lagi benda-benda kecil yang kita tak nampak. Bunga tangan, baju brides maid, kipas dan payung pengantin, cadar pengantin. Benda ni lah aku dok pikir tiap ari, macam mana nak accelerate kerja so semuanya lancar menjelang hari pernikahan. Buat checklist, check satu-satu dan jangan tinggalkan walaupun item sekecil zarah okay. 

Samada Allah bagi dugaan atau tidak, kalau dah dia jodoh kita maka tak lari kemana. Banyakkan berdoa pada Allah untuk mudahkan urusan kita. 

Tuesday 7 April 2015

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan



InsyaAllah tinggal 17 hari sahaja lagi menjelang majlis perkahwinan aku. Dengan rasa rendah hatinya bagi sesiapa yang mengenali aku dijemput datang ke majlis persandingan aku pada 25 April 2015 bertempat seperti alamat tertera diatas.

Semoga Allah memudahkan & memberkati lagi segala urusan menjelang hari pernikahan kami..

Amin....


Monday 6 April 2015

Suami Panas Baran di Tesco Extra Ampang

Entri kali ni aku tak dapat nak attached gambar kejadian sebab suami orang tu sangat menakutkan aku.

Ceritanya macam ni.. Semalam aku ke Ampang nak edarkan kad kahwin, on the way nak balik tu singgah ke Tesco Extra Ampang. Masa nak cari parking memang telinga aku dah dengar sayup-sayup suara kuat orang lelaki marah-marah dan suara tu makin dekat. Aku pandang kekiri, nampak seorang lelaki dalam awal 30-an, marah menengking anak yang didukung berumur dalam 2 tahun sambil anak tu menangis tak henti-henti. Sambil dukung dan berjalan sambil menengking-nengking, tercengang aku tengok. Nampak isteri dia jalan dibelakang sambil tunduk ke bawah. 

Lelaki yang marah-marah tu akhirnya sampai kat kereta, which is memang parking dia depan kitaorg je. Dia buka pintu depan pemandu.

Sambil tu aku berdialog dengan Fadly:

Aku: Please lah dia jangan campak anak dia dalam kereta.
Fadly: Krik krik krik krik

Rupanya lelaki tu buka pintu pemandu sebab nak buka bonet belakang kereta, aku ingatkan nak ambil barang.

Aku: Omaigod! Dia campak anak dia dalam bonet! What the hell?! (muka terkejut gila)
Fadly: Like seriously?!!

Isteri dia sempat halang dan angkat anak dia terus masuk dalam kereta. Anaknya meraung tak payah cakap la memang kuat, nama pun dah kene macam tu. Even family tu dah dalam kereta pun, aku still dengar suara kuat lelaki tu menengking dalam kereta. 

Kenapa benda mcm ni boleh jadi? Isteri dan anak tu ada maruah, jangan lah dimalukan depan orang ramai. Kawal baran dan amarah tu. Macam mana nak kawal? Wuduk dan solat. Aku tak tahu macam mana nasib isteri dan anak dia selepas masuk dalam kereta tu. Aku dapat rasakan isteri dia malu dan sedih sangat-sangat. Jangan lah didik anak macam tu. Kadang-kadang budak kecik menangis tanpa sebab, tu lah kita kene kawal keadaan jangan bagi lagi teruk. Jangan bagi kasih sayang melalui sifat baran, suatu hari nanti anak tu memberontak dan melawan. 

Aku pandang Fadly dlm kereta tu:

Aku: krik krik krik krik (pandang Fadly)
Fadly: Why u look at me like that? 
Aku: Masa bercinta semua indah-indah je, dah kahwin baru nampak true colours.
Fadly: krik krik krik krik (senyum dan gelak). Jangan risau, kita tak macam tu. 
Aku: Sighhhh (lega)

Hahaha.. biasalah perempuan, apa-apa pun mesti nak tuju yang lelaki semua sama. Tapi tak semua lelaki sama. Life is a gambling. Tak cuba tak tahu. 

Aku dan Fadly pun berjalan riang ria masuk Tesco nak cari girder nak pakai masa nikah, nak sembunyi lemak-lemak comel aku. Tapi sampai malam kitaorang masih memikirkan insiden petang tu.



Thursday 2 April 2015

GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA


JOM JOIN SEGMEN INI, BANYAK HADIAH MENARIK TAU! 

1st Bloglist Segment by ZueZulaikha

JOM JOIN SEGMEN DARI BLOGGER ZUEZULAIKHA!!



JOM JOIN SEGMEN DARI BLOGGER ZUEZULAIKHA!!

 BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..   Hari ini 2 April 2015, Zue secara rasminya melancarkan segmen bloglist pertama Melaedah. Segmen ini adalah bertujuan untuk membantu mempromosikan blog-blog lain secara percuma di Melaedah selain merapatkan lagi hubungan Zue dengan blogger-blogger hebat di luar sana. Seterusnya, segmen ini dilancarkan sebagai satu cara untuk Zue mencapai target Follower iaitu seramai 400 orang*tak banyak pun, hee ^_^*. Syarat-syarat untuk menyertai Segmen ini adalah seperti berikut:

- Follow Melaedah 

- Like fanpage Melaedah 

- Follow Instagram ZueZulaikha *seikhlasnya dan HANYA syarat ini SAHAJA yang tidak WAJIB*

- Klik sekurang-kurangnya SATU iklan Nuffnang Melaedah 

- Buat satu entry bertajuk “1st Bloglist Segment by ZueZulaikha” 

- Copy paste banner di atas dan backlink ke entry ini 

- Tinggalkan URL penyertaan anda di ruangan komen entry ini


Kelebihan segmen ini:

- Sebanyak 5 blog akan dipilih TETAPI akan bertambah secara automatik kepada 10 blog sekiranya Melaedah berjaya mencapai target 400 Followers

- Tempoh bloglist selama dua bulan DAN berpeluang dilanjutkan sehingga bulan DISEMBER sekiranya segmen ini berjaya mendapat lebih 50 penyertaan

- InsyaAllah akan ada HADIAH MISTERI buat blogger terpilih SEKIRANYA follower melebihi target 400 dan penyertaan juga melebihi target 50

P/S: Pemenang akan dipilih sendiri oleh Zue mengikut kriteria tertentu yang Zue inginkan. So, all the best kepada korang yang bakal join Segmen ini! ^_^v

Wednesday 1 April 2015

Syarat Berkahwin Dengan Warga Asing

Bloggers.. Entri kali ni aku nak cerita tentang syarat-syarat & prosedur berkahwin dengan warga asing. Tak kira lah warga China, Indonesia, Amerika asalkan bukan Malaysian. Kenapa? Sebab aku bakal berkahwin warga Indonesia. So aku tau prosedur yang diperlukan ketika memohon untuk berkahwin.

Jika ada sebarang soalan sila rujuk entri aku ni balik. DILARANG WHATSAPP / MESSAGE my private number. Mohon pembaca hormat privasi aku ya. Jika ada yang Whatsapp, maaf aku tidak akan layan kerana peringatan dah diberi. Kalau nak tanya jugak, sila email ke farida.badarrudin@gmail.com

Syarat & Prosedur:

1. Bakal suami

Kalau takda bakal suami / isteri warga asing macam mana nak apply kan? Macam rukun nikah pulak kan.. hehehe

2. Pasport & Visa

Mesti mempunyai pasport & visa. Jika bekerja mestilah level professional, bukan level buruh site ya. Yang level general worker permohonan akan ditolak. Kalau nak kahwin jugak? Batalkan permit kerja dan balik negara asal, kemudian masuk Malaysia menggunakan visa pelawat.

Macam bakal suami aku guna visa pelajar sebab dia tengah ambil Phd di Universiti Malaya, maka guna student visa pun diluluskan untuk berkahwin.

3. Akuan Bujang

Akuan bujang mestilah dibuat di negara asalnya jika masuk menggunakan visa student dan pelawat. Kalau bekerja, akuan bujang mesti dibuat oleh company tempat beliau bekerja.

Akuan Bujang juga boleh dimohon di kedutaan masing-masing di Malaysia.

4. Surat Kebenaran Berkahwin Luar Negara

Ini mesti dibuat di negara asal iaitu di pejabat agama tempat asalnya. Macam bakal suami aku, surat kebenaran berkahwin dikeluarkan oleh pejabat agama Medan.

Boleh juga dimohon di kedutaan masing-masing di Malaysia. 

5. Surat Kebenaran Berkahwin dari Kedutaan

Kene pergi ke kedutaan masing-masing untuk dapatkan surat kebenaran berkahwin yang dikeluarkan dan dicop oleh kedutaan masing-masing. Tak perlu bawa pasangan, hanya perlu salinan IC pasangan sahaja.

6. Pengesahan Visa & Pasport dari Imegresen

Pasangan kene ada semasa proses permohonan ini. Imegresen akan bagi borang dan kita akan isi. Sertakan salinan IC, Pasport & Visa. 

7. Kursus Kawhin

Wajib ambil jika warga asing tersebut pandai berbahasa Melayu. Macam Fadly ofcourse lah kene sebab dia orang Indonesia. Terang-terang cakap Melayu.

8. HIV Test

Wajib buat ya sama macam warga marhaen Malaysia yang lain di klinik-klinik kerajaan. Tapi mahal kene bayar RM74. Warga Malaysia hanya RM1 sahaja. 


So, inilah dokumen & prosedur yang diperlukan untuk berkahwin dengan warga asing. Kesemua proses diatas boleh siap dalam masa 1 hari. So yang mana pakai visa pelawat, sila rancang perjalanan anda dengan baik ya.

Tak kesah la korang nak kawin dengan warga negara mana sekali pun. Tetap manusia jugak. Ignore je kata-kata manusia yang sel-sel otaknya lembab berhubung sebabnya yang nak kawinnya kau, bukan dia. Betul tak?

#akuyangkawintapikauyangpanasdahkenapa

Yeaayyyy Dah Boleh Kahwin!

Semalam aku ambil cuti sebab nak uruskan hal-hal kahwin di Ipoh, yela nak nikah kat Ipoh kan. Aku bakal berkahwin dengan warga Indonesia, so banyak borang-borang tambahan yang perlu disediakan. Pagi lagi dah pergi ke Imigresen Ipoh untuk dapatkan pengesahan visa pelajar Fadly. Kat situ je dah 2 jam lebih agaknya. Aku tak tau lah apa yang membuatkan pegawai imigresen tu slow dapatkan pengesahan. Selepas dah setel tu, kene pergi ke Pejabat Agama Islam Ipoh untuk submit borang nikah tu. Alhamdulillah semuanya takda masalah.

Aku bakal dinikahkan oleh adik lelaki aku yang berumur 17 tahun, harap sangat Iwan tak tersasul macam dia pulak yang nak nikah.. hehehehe.. Lepas keluar pejabat agama tu memang kitaorang happy gila laa! Yela sapa tak happy kan, dah boleh kahwin! Ketaq kaki ni tak sabaq dah nak kahwin.. hehehe..

Tarikh nikah aku adalah pada 24 April ni bersempena dengan tarikh lahir aku sendiri. Double joy in my life, Insyaallah!




Muka excited baru lepas keluar pejabat agama.. hehehehe




Behave sikit!