Ramai sangat tanya aku berkenaan dengan entri Syarat Berkahwin Dengan Warga Asing . Aku baru lepas edit entri ni supaya lagi lengkap dan tiada lagi pertanyaan-pertanyaan rambang dari pembaca.
Jujurnya.. setakat hari ni lebih 10 orang Whatsapp dan sms aku untuk tanya berkenaan dengan prosedur berkahwin dengan warga asing. Kebanyakkannya nak berkahwin dengan buruh kasar yang datang dari Bangladesh dan Nepal. Daripada yang tanya tu juga ada yang meluahkan perasaan keluarga menghalang perkahwinan. Hurmmm.. Satu je nak bagitahu, luah masalah pada aku boleh tapi apa yang aku boleh buat hanya nasihat je sebab aku sendiri pun tak kenal orang yang bertanya tu.
Ada juga yang bertanya boleh ke berkahwin tanpa wali sebab ahli keluarga tak restu. Astagfirullah, tak sah lah nikah tanpa wali, tu kan rukun nikah. Apa yang aku boleh bantu hanya nasihat untuk pujuk dan dapatkan juga restu ayah atau adik beradik lelaki sebapa. Jangan lah disebabkan cinta, soal agama pun ditolak ketepi. Screenshot diatas adalah yang paling latest sekali semasa hari raya ni, tiba-tiba ada hamba Allah yang bertanya dan terus luahkan perasaan. Yang ni aku suruh Fadly yang reply. Bukan senang-senang tau nak pakai wali Hakim, mesti ikut syarat tertentu.
Rupanya banyak lagi masalah orang lain yang niatnya baik untuk berkahwin tapi keluarga tak restu. Daripada pertanyaan-pertanyaan diorang ni lah baru aku buka mata yang tanpa restu keluarga dan wali, memang agak susah kita nak berkahwin dengan pilihan hati. Usaha lah untuk dapatkan restu mereka. InsyaAllah.. Allah tunjuk jalan untuk kita dengan doa dan usaha berterusan.
Kepada yang ada lagi kemusykilan berkenaan dengan syarat dan prosedur untuk berkahwin dengan warga asing boleh je tanya aku secara privasi atau ruangan komen. InsyaAllah akan dibantu mana yang aku tahu.
No comments:
Post a Comment