Total Pageviews
Friday, 22 January 2016
Cara Memohon Spouse Visa / Suami atau Isteri Bukan Warganegara
Yang aku akan terangkan dibawah adalah untuk warganegara Indonesia sahaja. I repeat.. INDONESIA sahaja sebab pembaca ni ada jenis yang tak paham apa ditulis.
Dah kahwin dengan orang Malaysia so kenelah apply spouse visa untuk yang bukan warganegara Malaysia tu sebab korang nak tinggal lama kat Malaysia kan so takkan nak duduk secara haram? Maka apply lah spouse visa.
Setelah korang nikah dan dah dapat sijil nikah.. Pergi lah ke Pejabat Immigration mengikut tempat tinggal anda ya. Masa pergi ke immigration tu pastikan pasport anda berada di dalam tarikh visa yang sah. Kalau had anda 30 hari sahaja so buat lah dalam masa 30 hari berada disini. Kalau visa dah tamat, balik negara asal atau keluar negara dan masuk semula ke Malaysia dengan visa lawatan yang baru.
Syarat-syarat :
1. Suami isteri wajib hadir bersama
2. Borang-borang boleh didapati di kaunter immigration dan juga di pejabat suruhanjaya sumpah yang terdapat dalam bangunan immigration tersebut.
3. Pasport suami / isteri
4. Kad pengenalan suami / isteri
5. Sijil nikah
6. Gambar berukuran pasport (4 keping setiap sorang)
7. Gambar rumah yang dibeli / disewa
8. Sijil kelahiran suami / isteri
9. Bil air dan elektrik rumah yang dibeli / disewa
10. Sijil lahir anak ( jika berkaitan )
11. Gambar pernikahan / perkahwinan
Kesemua item diatas mestilah dicop Pesuruhjaya Sumpah. Di mana nak cari Pesuruhjaya Sumpah? Di immigration tu dah sedia ada pejabat Pesuruhjaya Sumpah, ringan mulut untuk bertanya dimana ya.
Caj - caj berkaitan:
1. Setem hasil RM 10.00
2. Security Bond RM 500.00
3. Buka fail RM 500.00
4. Social visit pass RM 90.00
5. Multiple entry pass RM 15.00
Total keseluruhan adalah dalam RM 1,105.00. Bawa lah duit lebih sebab kos-kos nak fotostat semua dokumen dan upah cop Pesuruhjaya Sumpah juga perlu dibayar.
Proses permohonan visa ini mengambil masa 7 hari waktu bekerja. Pegawai immigration tu akan bagi tarikh bila visa anda siap.
Untuk permohonan baru memang mahal tetapi visa hanya dilanjutkan selama 6 bulan sahaja. Selepas 6 bulan, suami dan isteri wajib hadir bersama untuk mohon lanjutan visa selama setahun. Setiap visa akan direnew setiap 1 tahun ya. Bayaran untuk lanjutan visa seterusnya adalah RM 115.00 sahaja. Tak perlu bayar mahal seperti permohonan kali pertama.
Permohonan lanjutan visa untuk tahun seterusnya tetap memerlukan borang-borang dan syarat-syarat yang sama seperti diatas. Yang berbeza hanya bayaran lebih murah sahaja.
Sekian....
Second Wedding Reception Di Medan, Indonesia
Lamanya Tak Update Blog!
Assalamualaikum Bloggers!!
Ya Allah rasa dah lama sangat tak update blog! Tak boleh nak update sebab dekat ofis ni Blogger.com kene block.. Haihhh macam la semua staf tak buat kerja kan kalau tgk blog je. Kan dah susah nak keep update dengan kawan-kawan blogger.
Tapi walaupun aku tak update blog, masih aktif dibelakang tabir.. Haha.. Maksudnya entri aku tentang Syarat Berkahwin Dengan Warga Asing sangat lah popular sampaikan orang Whatsapp & call aku untuk pencerahan. Mana yang kene marah tu harap redha jelah ya sebab aku tulis entri tu dah cukup detail tapi kau tanya lagi soalan yang ternyata dah dijawab dalam blog aku. So tolong dah tolonglah baca entri tu dan fahamkan. Bukan aku nak marah tapi kalau dah spesis suka tanya soalan tapi malas baca ni, memang aku naik hantu paku.
Tapi lagi.. Nak share berita gembira juga dekat blog ni. Aku pregnant 25 weeks!! Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kurniaan yang maha hebat ini. Can you imagine, there's a human growing up in your belly? Amazing kan? EDD aku insyaallah pada 4 May 2016 nanti. Tak sabar nak tengok baby ni muka macam pak ke mak.. Hahaha..