Total Pageviews

Saturday, 30 May 2015

Cotton Raya Marveles!!


Raya ni aku nak jual pd rakan-rakan blogger dan juga bukan blogger. 

Jual apa? Jual kain kegilaan ramai lah.. COTTON! Semestinya selesa jika dipakai dihari raya. Buat baju kurung mesti sangat selesa sebab tak nampak perut buncit makan rendang lemang overlimit. Kalau cuaca panas pun memang selesa berangin-angin je kan. 

Corak pun marveles dan moden untuk korang semua. 

HARGA: 

RM 80 + FREE POSTAGE (sm)
RM 85 + FREE POSTAGE (ss)

Whatsapp : 0175874060
































Wednesday, 27 May 2015

Wahai Gaji....


Wahai Gaji... Dari bank kau datang, dari bank juga kau pergi....

Ini memang dilema setiap orang yang makan gaji. Hujung bulan je tunggu gaji lepas tak sampai berapa hari atau paling teruk berapa jam je dah habis!

Macam mana tu? Kalau kita duduk zaman batu boleh lah memang tak guna duit. Sekarang ni serba serbi nak guna duit. Dapat gaji je terus bayar loan kereta, bil Astro, bil handphone, sewa ruma dan blablabla.. Betul tak?

Aku tak tahu macam mana nak advice cara berjimat yang betul sebab aku pun boros pantang nampak baju je nak beli sampai tak muat almari.

Makin banyak baju seorang perempuan tu makin dia tak tahu nak pakai mana satu. 

Aku: Abg.. alaaaa takde baju la nak pakai untuk keluar ni..

Fadly: Ni apa? (sambil tunjuk kat baju-baju aku) Semua ni hantar balik rumah mak lah. Cakap ni semua kain lap.. 

Hahahahahaha.. dengan redha nya aku pun ambil sehelai 'kain lap' untuk dipakai...

Tuesday, 26 May 2015

Simple RM100 Giveaway Byijeni

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015

Dialog Laki Bini

Setiap pasangan yang dah berkahwin mesti tanam impian nak ada zuriat sendiri kan. So, kami pun sama lah. Ye memang aku baru sebulan je kahwin tapi excited nak ada anak tu membuak-buak tapi takde lah mengharap cuma menunggu rezeki dari Allah sahaja.

Pernah aku cadangkan kat Fadly yang aku nak makan GLA Shaklee, konon untuk kesuburan tapi dia macam risau tak tau pasai apa. Pastu aku google berhari-hari untuk makanan sunnah pulak. Go natural ways la kononnya. Ada juga aku cadangkan kat Fadly tapi takda feedback.

Then bermula lah dialog laki bini ni semalam:

Aku: Abg.. belikan something boleh tak?

Fadly: Ya syg.. nak beli apa lagi ni? ( hahahahah nampak sgt suka mintak2)

Aku: Ingat tak pernah cerita pasal jus delima tu? Tadi google, ramai cakap jus delima Gulsan tu bagus untuk kesuburan.

Fadly: Dari aritu lagi dengar nak beli tapi tak beli-beli lagi kenapa.

Aku: Ala jommm la kita beli tapi ada jual kat kedai arab.. harganya RM13-20 je orang jual. Tapi kedai arab ada kat Ampang je yg Syg tau. Tadi google jugak ada kat Masjid kt Bandar Utama, dekat jeeee..

Fadly: Murahnya.. betul ke tu? Takpe lah jom kita pergi.

Al-kisahnya kami pun lepas makan terus lah pergi masjid tu, cehhhhhhh langsung takde kedai pun. Naharom jugak google ni. Nasib baik dekat.

Aku: Apa kata kita pergi je kedai runcit kat Penchala tu, instead of pergi Ampang yg jauh gila tu?

Sampai ke kedai tu Fadly sorang je yg turun tengok. Aku dah kecewa sbb kat masjid tu takda, maka taknak kecewa kedua kalinya.. hahaha

Fadly: Haaaa nasib baik tak pergi Ampang, nasib baik ada jual RM 15 je! 

Punyalah rancang nak pergi Ampang la, kedai arab whatsoever lah. Tengok-tengok kat kedai runcit kat rumah aku je haa..



Maka sampai rumah sebelum tidur ambil 1 sudu setiap sorang. Rasanya memang masam + manis + kelat. 

Pagi ni kat ofis aku tanya Fadly kat Whatsapp:

Aku: Abg.. malam tadi syg tidur dengkur tak? (okay pecah rahsia aku tidur dengkur tiap hari.. hahaha)

Fadly: Langsung tak dengkur lah. Kenapa ya? Apa rahsia?

Jeng jeng jeng.. semalam aku google katanya ada testimoni yang orang ni dah tidur bebas dengkur. Ni salah satu sebab aku nak sangat cari jus delima dari Turki ni. Tapi tak tau lah kot malam ni aku dengkur pulak kan. hahahaha

Pregnant ke tak tu aku tak tau lah rezeki Allah bagi.. cuma nak mencuba je..

Ada sesiapa yang pernah minum jus delima? Meh lah share cerita sama-sama...

Thursday, 14 May 2015

Medical Card MAA TAKAFUL Termurah & Terbaik di Malaysia

Aku tahu ramai yang takda medical card lagi kan? Korang tahu apa kelebihan ada medical card? Instant cash bila masuk hospital! Kos perubatan semuanya ditanggung oleh syarikat insurans itu sendiri. 

Tapi sejauh mana korang buat pembandingan dan analisis untuk dapatkan medical card terbaik dan termurah. Buat apa bayar mahal-mahal kalau kelebihan yang diberi dalam pelan tak berbaloi dengan apa yang kita bayar.

Pertama.. Aku nak bagitahu dulu apa kelebihan MEDICA 2015 daripada MAA TAKAFUL:

1. 20% Diskaun pada tahun ke-2 jika tiada tuntutan pada tahun pertama
2. Pembaharuan dijamin sehingga umur 80 tahun
3. Manfaat seumur hidup tanpa had
4. Rawatan kanser & dialisis buah pinggang seperti yang dicaj
5. Tiada Ko-Takaful. 100% bil hospital ditanggung
6. 6 Pelan komprehensif
7. Pendapat perubatan kedua
8. Bantuan perubatan antarabangsa
9. RM 5000 manfaat khairat kematian
10. 94 panel hospital seluruh negara

Paling best ialah MAA TAKAFUL menyediakan 4 mod pembayaran bagi memudahkan pelanggan. Dibawah adalah contoh pengiraan mengikut umur dan jantina. (Caruman termasuk GST 6%)





Dibawah ni aku lampirkan jadual caruman TAHUNAN, SETENGAH TAHUNAN, SUKU TAHUNAN & BULANAN. Beserta itu juga pada setiap jadual aku lampirkan juga dibawahnya jadual 20% diskaun pada tahun ke-2 jika tiada tuntutan pada tahun pertama. 













FARIDA BADARUDDIN
MAA TAKAFUL
KL BRANCH
0175874060

Friday, 8 May 2015

25 April 2015 - Reception Day

Okay.. ini pulak gambar-gambar masa hari bersanding bertempat di Manjoi, Ipoh. Pelamin tu memang semuanya guna barang sendiri tau dan deco oleh bridesmaid aku sendiri. Jimat duit nokss..