Total Pageviews
Monday, 8 December 2014
Hai Melayu - A. Samad Said
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....
Thursday, 4 December 2014
PEMENANG SEGMEN REDBELLAS : DREAM ESCAPE
Assalamualaikum & Selamat Pagi..
Jeng jeng jeng!!!! hehehe.. okay sy nak umumkan PEMENANG SEGMEN REDBELLAS : DREAM ESCAPE ni. Setelah berulang kali membaca entri korang, maka sy mengambil keputusan untuk pilih 2 orang pemenang bagi segmen ke-2 sy.
Terima kasih pada yg join. Tak menang takpa asalkan kita boleh share tempat yg kita nak pergi suatu hari nanti & menambahkan followers & juga merapatkan ukhwah sesama blogger gitu.
Pemenang sila Whatsapp sy di: 017-5874060 utk claim hadiah anda okay..
PEMENANG:
Blogger ni menceritakan tentang sejarah & keindahan Istanbul. Memang lekat je mata membaca entri dia ni. Sangat menarik & tambah info tentang dunia luar.
Seriously memang sy tak tahu yg Guilin ni wujud. Subhanallah memang cantik sgt suasana disana. Memang harap sangat dapat jejak kaki ke Guilin suatu hari nanti.
Akhir kata, terima kasih sebab join segmen sy. Insyallah akan buat segmen ke-3 pula nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)