Dah 2 bulan Iphone aku buat hal selalu sangat off habis bateri tapi bateri ada 60% lagi.. Aduhhhh rasa susah sangat sebab kalau emergency, tetiba handphone mati pulak bila tinggal 60%. Aku survey dan google tempat mana yang boleh repair Iphone dengan spare part original. Ada juga lah niat nak beli Iphone 6 tapi tutup mata jela tak kuasa nak bazir duit nak dekat 3 ribu hanya untuk handphone. Bila dah tua-tua ni, ecehhhhh.. rasa macam handphone hanya untuk call dan whatsapp sahaja.
So aku jumpa satu tempat ni namanya 'i2fix.com'. Ada banyak cawangan tapi aku pergi cawangan di PV128, Jalan Genting Klang, Setapak. Orang kat facebook cakap bagus so aku pergilah.
Aku macam blur bangunan apa ni PV128, apa benda punya tempat ni. Rupanya satu bangunan yang banyak shop lot. Aku ingatkan PV128 tu nombor shop lot je. Gigih tengok Waze kalau tak memang sesat lah. Terletak di tingkat 2 tapi agak sunyi sebab tak banyak kedai yang buka masa aku pergi tu. Bila sampai tu lega sikit sebab tak ramai orang untuk tunggu giliran.
Nampak tak yang pekerja di i2fix.com repair handphone betul-betul depan mata kita? Bila tiba giliran aku, dia tanya apa masalah handphone dan cek dulu condition iphone aku dan bagi tahu kos bateri adalah RM180. Actuallty aku dah tau sebab ramai sangat tanya soalan kos tukar bateri di Facebook i2fix.com ni. So aku datang dah get ready duit untuk tukar bateri. Kalau tukar di iphone center lagi mahal. Baik aku tukar di i2fix sebab produk yang digunakan tetap sama original. Rupanya bateri iphone aku dah mengelembung sampai menolak skrin LCD. Aku ingatkan iphone aku kembung kat tengah sebab pakai screen protector, rupanya bateri kat dalam dah kembong tunggu nak pecahkan skrin LCD je. Nasib baik cepat tukar bateri.
Sambil dia tukarkan bateri tu, sambil dia bagi aku tips macam mana nak jaga bateri supaya tahan lama. Bagus juga sebab dengan kos yang sangat berpatutan, servis di depan mata dan dapat pulak tips dan info berguna untuk jaga handphone supaya tahan lama.
Harap maklum bahawa tempat ni hanya repair produk Apple sahaja ya.. Sesiapa yang ada masalah dengan iphone atau ipad boleh lah dibawa kesini untuk dibaiki.