Total Pageviews

Thursday, 24 March 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :
Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Semoga ada rezeki untuk menang & tambah followers :)

Wednesday, 23 March 2016

Soalan/Kenyataan Sentap Makan Dalam

Assalamualaikum.. 

Kali ni aku nak post entri berkenaan dengan pengalaman aku sendiri dan orang lain juga. Kenapa 'soalan sentap makan dalam'?? Sebab semua soalan-soalan dibawah buat aku meluat, sentap, terasa, sedih dan sewaktu dengannya. Aku percaya korang pun pernah rasa benda yang sama. 

Apa salahnya kalau sesama kita menjaga kata-kata dan berfikir dulu sebelum tanya soalan-soalan yang bakal mengguris hati orang lain. 

Semasa Bujang

1) Takde boyfriend ke? 
2) Eh.. Umur dah 24 takde calon lagi ke? 
3) Dah mandi bunga? 
4) Bakal suami kerja apa? Pakai kereta apa? 
5) Bila nak bagi mak ayah menantu? 
6) Kau kerja apa? Gaji? 
7) Eh.. Kenapa beli kereta mahal? Nanti lelaki takut nak dekat. 
8) Tak takut jadi anak dara tua ke? 
9) Kalau kahwin lambat nanti susah dapat anak. Tak takut ke? 
10) Aku nak kenalkan kau dengan kawan aku. Boleh ya? 

Lepas Kahwin

1) Dah 2 minggu kahwin, dah ada isi ke? 
2) Bila nak ada anak? 
3) Takde anak lagi, merancang ke? 
4) Suami bagi nafkah berapa ratus? 
5) Best tau ada anak, bila nak ada anak?
6) Dah masak untuk suami? Suami lagi sayang kalau kita pandai masak
7) Kenapa menyewa rumah? Tak mampu beli ke?
8) Dah beli rumah ke? Rumah tu murah je 400k
9) Kenapa duduk dengan mertua? Tak mampu sewa rumah lain ke
10) Tak mengandung lagi? Mandul ke? 
11) Aku rasa aku tak mengandung lagi sebab kene buatan orang

Semasa Mengandung

1) Rasa lama kau mengandung, bila due? 
2) Perut kecil, mesti anak kecil jugak ni
3) Besarnya perut, mesti susah nak meneran nanti
4) Nanti bersalin normal ya, banyak pahala
5) Mesti anak kau hitam ikut kulit suami kau
6) Aku ingat kau gemuk, rupanya mengandung
7) Bersalin hospital kerajaan? Ishhh aku tak suka la hospital free ni
8) Kenapa tak bersalin di KpJ or Prince Court je? 
9) Eh..kau dah mengandung? Aku ingat kau mandul

Selepas Bersalin

1) Kenapa kau bersalin caeser? Tak dapatlah nikmat dan pahala bersalin normal
2) Keciknya anak kau, tak cukup zat ke
3) Anak kau kuat menangis ya
4) Anak kau ni gemok sangat, tak comel lah
5) Anak si polan tu lagi comel dari anak kau
6) Kenapa tak bagi susu ibu? Nanti anak bodoh dan lembap
7) Susu formula ni tak bagus. Nanti anak jadi macam lembu
8) Kenapa bagi mak kau jaga cucu? Tak mampu hantar pengasuh ke? 


Kesimpulannya mulut manusia ni susah nak tutup. Kita kene redha dan jangan ikut perangai mulut yang susah nak tapis. 





Friday, 18 March 2016

Tamat - Keputusan Blogwalking Segment By RedBellas


Drumrolls........

Okay semalam dah tamat segmen yang tak seberapa tapi masing-masing dapat followers baru kan kan kan? 

So inilah keputusannya... 

1. Bonda Zahra 

http://bondazahraareesa.blogspot.my/2016/03/blogwalking-segment-by-redbellas.html

2. Misya (Aimi Syahirah)

http://www.aimisyahirah.com/2016/03/blogwalking-segment-by-redbellas.html


Minta tolong bloggers yang menang sila email sy untuk claim hadiah korang ya. 

Email: farida.badarrudin@gmail.com

Tahniah pada yang menang dan tahniah juga sebab dapat followers baru bagi menambah rating blog masing-masing. 

Thursday, 17 March 2016

33 Weeks Pregnant

Alhamdulillah sudah 33 minggu membawa perut kehulu kehilir. Tinggal 7 minggu je lagi nak tengok anak pertama. I'm soooo excited!! 

Dah masuk minggu ke-33 ni, memang dah tak larat nak jalan banyak. Kaki pun dah bengkak. Bangun tengah malam sebab nak ke toilet memang acara wajib setiap hari. Kaki cramp masa tidur pun acara wajib juga. 

Berat naik pun wajib juga.. Hehe malu nak cakap berat sekarang sebab selera memang menjadi-jadi dan cepat lapar. Tapi doctor suruh aku control berat supaya tak ada masalah semasa melahirkan baby nanti. 

Suami aku pun dah naik berisi. Aku pun tak tahu kenapa, yang mengandungnya aku; bukan dia. Terlebih excited pulak suami aku.. Hehe


Tuesday, 8 March 2016

Segmen #FamilyBlogger


            Segmen #FamilyBlogger