Total Pageviews

Monday, 19 September 2016

Review: Rumah Kueh by Rita Rudaini

Nak cerita Khamis minggu lepas mak aku ada kat KL tolong jaga Uwais sebab babysitter aku cuti seminggu. 

Aku pun bawak lah mak aku pergi Rumah Kueh, alaaa Rita Rudaini punya tu.. Saje lah aku nak bawak mak aku nanti dia balik Ipoh boleh lah dia bangga cerita kat kawan-kawan dia yang dia pergi makan kat kedai Rita.. Hehehe

Aku tak tahu kenapa kalau ingat Rita ni mesti aku teringat dia cakap ex-husband dia tak pernah pun belikan dia spender.. Hahahaha adoiiii.. 

Okay-okay nak review.. Rumah Kueh ni terletak di Sunway Nexis di Kota Damansara.. Dekat jugak dengan The Strand. Korang guna Waze okay. 



Aku saje nak try kuih-kuih traditional kat sini sebab masa ni kitaorang baru je lepas lunch mak aku masak kat rumah. 


Haaa.. Kau rasa?? Kuih cara RM6 ada 5 ketul. Kuih koci RM3.60 ada 2 ketul. Hahahaha.. Rasa macam orang kaya makan kuih je. 



Tapi kuih-kuih ni memang sedap. Manis, berlemak semua lah pada aku memang secukup rasa. Harga dia memang aku tak boleh hadam.. Hahaha maybe sebab sewa situ mahal kot.. 

Overall okay lah kalau nak pergi sekali untuk merasa je kan. Nak datang banyak kali untuk makan kuih je idokkkk lahh.. 

Okay lepas tu nak hantar Opah si Uwais balik Ipoh.. Huhu



Hmmmppphhh sayangggg mami 😘




5 comments:

  1. tengok harga, rasa macam nak patah balik

    ReplyDelete
  2. tengok harga, terketar tangan nak bayar..

    ReplyDelete
  3. Cantik packaging nye. Tapi beli kuih tepi jalan jelah klo harga cani lepas tu packing sendiri cantik2 ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  4. Saya Baru balik from rumah kueh Rita ,patut kena buat 2jenis milo yang harga 12.50 tu sesuai bagi yg faham ice chocolate blended mahai sebab chocolate /Oreo & Ada whipped cream tapi yang orang kg dia tak faham lagu tu dia nak milo iced ! So Rita kena buat dua jenis .

    Rasanya Rita Turun kan harga n jangan letak Ayam seketoi besaq ! So customers dia x nampak Ayam Ada seketoi besaq tapi dia faham harga !
    Kueh rasanya Rita kena cari orang melayu Thailand yang pandai buat kueh sendiri so costing murah sikit sebab suami saya Ada restaurant saya tengok staff dia sendiri buat kueh & dessert ! Atau ambik makcik makcik /ibu tunggal Kat perils bagi dok dengan company suruh dia buat kueh ! Kan lagi Jimat !
    Sekian

    ReplyDelete