Total Pageviews

Thursday, 17 April 2014

Vitamin Shaklee untuk Kuruskan Badan

Shaklee ada vitamin untuk turunkan berat badan ke? Mestilah ada.. Shaklee ni adalah produk 100% semulajadi tau so korang akan turun berat dengan sihat dan organik.

Dibawah adalah vitamin-vitamin yang sy cadangkan untuk turunkan berat badan:


Kita bahagikan kepada 3 konsep iaitu BAKAR BINA BUANG. 

Bukan semuanya kene ambil. Pilih salah satu untuk setiap kategori mengikut bajet dan keperluan tubuh badan. 

Ramai dah mencuba dan semuanya bagi feedback positif. Mesti pada sesiapa yg nak naik pelamin mesti nak kuruskan badan betul tak? Yang obesiti mesti turunkan berat jugak untuk elakkan sebarang penyakit kronik.

Jika nak order sila sms/whatsapp 0175874060

Apa yg anda dapat melalui pembelian drpd sy? 

1. Konsultasi 24/7 
2. Jadual makan 
3. Tips dan info produk






Wednesday, 16 April 2014

Vitamin SHAKLEE untuk KESUBURAN Wanita & Lelaki

Anda ada masalah hormon atau masih belum dikurniakan cahaya mata setelah lama berumah tangga? Apa kata anda cuba vitamin yang sy cadangkan untuk kesuburan suami isteri. Kita mesti berusaha dan selebihnya Allah swt tentukan rezeki kita. 

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata
  • Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
  • Berat badan berlebihan antara punca tidak subur

Punca Wanita Tidak Subur. 
  • Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus atau gemuk.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Entri kali ini mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesuburan wanita & lelaki. Mari kita baca.

set kesuburan wanita
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
Vita-Lea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.
B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Zinc Complex
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita & lelaki kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.



TIPS KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT

Testimonial Doc on set Kesuburan Shaklee Set Kesuburan Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah swt. 

TupperWare Comel & Cantik

Mai mai mai beli... Sy nak buat jualan murah ni.. 
Mana yg tak tahu tu, Tupperware adalah jenama yg sangat dikenali kerana produknya yang sgt bermutu tinggi. Warranty seumur hidup uolssss!!! 

Pilih & sms/whatsapp 0175874060

HARGA DISKAUN 25%








Monday, 14 April 2014

ECO Bottle TupperWare


Ini lah ECO BOTTLE daripada TupperWare. Sy dah ada 1 warna biru, korang dah ada? Sy guna botol air ni since 2012, hadiah birthday daripada company lama. Botol ni siap terjatuh bergolek atas jalan tar byk kali sebab terlepas pegang tapi condition still tip top gituuu! Macam semua org tau memang brand Tupperware ni terkenal didunia sebab kualiti yg ada pada produk ni. Tahan bertahun lamanya dan waranti sepanjang hayat!


1) Eco Bottle Spring(2) 500ml -
2) Eco Bottle Flip Top (2) 1.0L  
3) ECO Bottle Brush (1) 39.0cm

 Warna`warni kan botol ni. Mudah dibawa kemana sahaja. Tahan lasak, Tahan lama. Environmental friendly. 

Whatsapp/sms sy utk dapatkan HARGA DISKAUN sebanyak 25%! Banyak kan.. Jom laju-laju order ok..
 017-5874060 

Kombinasi Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung

Masih tercari-cari lagi vitamin yang sesuai semasa mengandung? Nak cari yang 100% organik dan semulajadi? Dan paling penting yang HALAL? Ya.. Shaklee kan ada! 

Semasa mengandung, Ibu dan anak dalam kandungan perlu dapat khasiat yang seimbang. Maklumlah kan apa yang ibu makan, anak pun makan kan. So kene lah ibu makan makanan yang berkhasiat supaya bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna sehingga saat melahirkan. 

Vitamin-vitamin Shaklee yang sy cadangkan ni, sesuai untuk ibu mengandung samada mempunyai alahan ataupun tidak. Tak semestinya semua vitamin ni perlu diambil oleh ibu tapi ikut bajet dan keperluan tubuh badan ibu dan bayi dalam kandungan. Jom kita tengok apa agaknya vitamin yang sesuai: 

OsteMatrix
 (Calcium-Magnesium)

Image15236829 Kombinasi Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. 
Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein(ESP)



Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.



Omega Guard

Image1597683 Kombinasi Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.


 B Compleks

Image32545317 Kombinasi Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.



Vitamin C 500mg

Image100643 Kombinasi Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



Vita-Lea Iron Formula

Image234524338 Kombinasi Supplement Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.