Total Pageviews

Wednesday, 16 April 2014

Vitamin SHAKLEE untuk KESUBURAN Wanita & Lelaki

Anda ada masalah hormon atau masih belum dikurniakan cahaya mata setelah lama berumah tangga? Apa kata anda cuba vitamin yang sy cadangkan untuk kesuburan suami isteri. Kita mesti berusaha dan selebihnya Allah swt tentukan rezeki kita. 

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata
  • Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
  • Berat badan berlebihan antara punca tidak subur

Punca Wanita Tidak Subur. 
  • Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus atau gemuk.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Entri kali ini mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesuburan wanita & lelaki. Mari kita baca.

set kesuburan wanita
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
Vita-Lea

Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.
Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.
B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Zinc Complex
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita & lelaki kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.



TIPS KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT

Testimonial Doc on set Kesuburan Shaklee Set Kesuburan Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat diperkenankan oleh Allah swt. 

No comments:

Post a Comment