Total Pageviews

Monday, 7 March 2016

Kisah Cinta Habibie dan Ainun


Kisah Cinta Habibie & Ainun... 

Siapa pernah tengok movie Indonesia lakonan semula oleh Bunga Cinta Lestari (Ainun) dan Reza Rahadian (B.J. Habibie). 

Ini adalah filem dari Indonesia yang aku kira sangat berkualiti dan juga sangat menyentuh perasaan. Bagi yang tak kenal siapa Habibie ni, beliau adalah bekas Presiden Indonesia. 

Yang aku nak tekankan dalam filem mi adalah mengenai betapa sucinya cinta Habibie pada Ainun. Dugaan mereka berdua ketika Habibie menjadi mangsa politik korup yang turut terkena tempiasnya pada Ainun yang menghidapi kanser servik yang sangat sukar untuk sembuh. 

Ainun meninggal dunia di Jerman pada 48 tahun usia perkahwinannya bersama Habibie kerana barahnya yang semakin merebak. 


Setiap Jumaat, Habibie akan menziarahi makam Ainun dengan membawa bunga dan doa yang tidak putus-putus. Rasa cinta yang tak pernah padam membuatkan kehilangan Ainun yang sangat dirasai. 


Dari kisah Habibie & Ainun, kita akan dapat banyak pengajaran. Supaya isteri sentiasa bersama suami disaat jatuh dan bangunnya iaitu sama seperti Ainun sentiasa bersama Habibie ketika awal karier Habibie di Jerman sehinggalah pulang ke Indonesia sebagai pengasas dan pelopor teknologi penerbangan dan keretapi dan juga sebagai Presiden Indonesia. 

Memang bergenang air mata ni bila tengok filem ni. Puisi-puisi yang Habibie karang untuk Ainun dan juga jalan cerita yang sangat kuat dan indah. 







1 comment:

  1. tiba2 kujuga rasa sebak.. xpernah tgk lg..tp boleh masukkan dlm list tgk time free..

    ReplyDelete