Total Pageviews

Friday, 22 January 2016

Second Wedding Reception Di Medan, Indonesia

Pada 23-29 December 2015, aku, suami, mak aku dan ipar duai semua terbang ke Medan untuk majlis sambut menantu di kampung suami aku. 

Tiba di airport Kualanamu 10.30 malam tapi sampai di kampung suami ak pada 9 pagi esoknya sebab perjalanan ke kampung dia ambil masa lebih kurang 11 jam. Jauh nawww.. Sakit tulang belakang aku tapi sangat best sebab scenery sangat lah cantik! 

Tapi yang aku nak share adalah gambar-gambar semasa sambut menantu kat sana. Majlis start pagi dengan khatam quran oleh suami aku dan juga bersanding. Adat disana kalau majlis siang hari, tetamu wanita yang datang. Majlis di malam hari pulak, tetamu lelaki yang datang. 

Patut lah aku macam pelik sikit pagi tu kenapa ramai perempuan, mana lelaki semua? Rupanya dah memang adat macam tu. Siang dan malam ada marhaban, ceramah agama & bacaan yasin. 


                        Mak 😍 . 
Aku muat lagi pakai baju nikah aku walaupun masa ni dah 5 bulan pregnant. 



Yang baju merah ala-ala adat Sunda ni adalah majlis pada malam tu. 




Yang atas ni adalah sebahagian adik-beradik suami aku. Total semua adalah 12 orang. 4 orang lagi takda dalam gambar. 6 orang pulak duduk di Malaysia samada business dan juga still study. 



Yang ni pulak esoknya kitaorang jalan-jalan naik bot sambil berkelah dalam bot. Memang best lah suasana sangat cantik dan makan sedap. 







Kerja aku kat Medan asyik makan je. Yela pagi petang siang malam semua menu nasi putih. Mana la aku tak naik 4kg lepas balik dari Medan.. Hahaha.. Tapi aku suka sangat beli jus alpukat masa kat kampung suami aku sebab 1 gelas harga duit Malaysia bila dah convert jadi RM 1.50. Kalau kita beli jus Alpukat kat sini RM10 keatas tau segelas. Dah lah rasanya pekat. Memang kita tahu yang orang Indonesia sangat best buat jus sebab jus diaorang buat sangat pekat, bukan macam kedai-kedai makan kat KL memang susah lah nak jumpa yang pekat dan sedap. 




Ok lah masa ni kitaorang dah get ready nak balik KL.. Conclusionnya.. BEST! Hehe.. 




















No comments:

Post a Comment