Total Pageviews

Monday, 6 April 2015

Suami Panas Baran di Tesco Extra Ampang

Entri kali ni aku tak dapat nak attached gambar kejadian sebab suami orang tu sangat menakutkan aku.

Ceritanya macam ni.. Semalam aku ke Ampang nak edarkan kad kahwin, on the way nak balik tu singgah ke Tesco Extra Ampang. Masa nak cari parking memang telinga aku dah dengar sayup-sayup suara kuat orang lelaki marah-marah dan suara tu makin dekat. Aku pandang kekiri, nampak seorang lelaki dalam awal 30-an, marah menengking anak yang didukung berumur dalam 2 tahun sambil anak tu menangis tak henti-henti. Sambil dukung dan berjalan sambil menengking-nengking, tercengang aku tengok. Nampak isteri dia jalan dibelakang sambil tunduk ke bawah. 

Lelaki yang marah-marah tu akhirnya sampai kat kereta, which is memang parking dia depan kitaorg je. Dia buka pintu depan pemandu.

Sambil tu aku berdialog dengan Fadly:

Aku: Please lah dia jangan campak anak dia dalam kereta.
Fadly: Krik krik krik krik

Rupanya lelaki tu buka pintu pemandu sebab nak buka bonet belakang kereta, aku ingatkan nak ambil barang.

Aku: Omaigod! Dia campak anak dia dalam bonet! What the hell?! (muka terkejut gila)
Fadly: Like seriously?!!

Isteri dia sempat halang dan angkat anak dia terus masuk dalam kereta. Anaknya meraung tak payah cakap la memang kuat, nama pun dah kene macam tu. Even family tu dah dalam kereta pun, aku still dengar suara kuat lelaki tu menengking dalam kereta. 

Kenapa benda mcm ni boleh jadi? Isteri dan anak tu ada maruah, jangan lah dimalukan depan orang ramai. Kawal baran dan amarah tu. Macam mana nak kawal? Wuduk dan solat. Aku tak tahu macam mana nasib isteri dan anak dia selepas masuk dalam kereta tu. Aku dapat rasakan isteri dia malu dan sedih sangat-sangat. Jangan lah didik anak macam tu. Kadang-kadang budak kecik menangis tanpa sebab, tu lah kita kene kawal keadaan jangan bagi lagi teruk. Jangan bagi kasih sayang melalui sifat baran, suatu hari nanti anak tu memberontak dan melawan. 

Aku pandang Fadly dlm kereta tu:

Aku: krik krik krik krik (pandang Fadly)
Fadly: Why u look at me like that? 
Aku: Masa bercinta semua indah-indah je, dah kahwin baru nampak true colours.
Fadly: krik krik krik krik (senyum dan gelak). Jangan risau, kita tak macam tu. 
Aku: Sighhhh (lega)

Hahaha.. biasalah perempuan, apa-apa pun mesti nak tuju yang lelaki semua sama. Tapi tak semua lelaki sama. Life is a gambling. Tak cuba tak tahu. 

Aku dan Fadly pun berjalan riang ria masuk Tesco nak cari girder nak pakai masa nikah, nak sembunyi lemak-lemak comel aku. Tapi sampai malam kitaorang masih memikirkan insiden petang tu.



No comments:

Post a Comment