Walaupun benda ni dah berlaku Jun-14 tapi aku nak cerita jugak benda ni kat korang. Ni pengalaman aku bekerja di construction company di Penang. Of course bukan melayu, biasalah Penang kan..
Nak dijadikan cerita lepas tamat kontrak sebagai QS di MMC-Gamuda JV, aku apply kerja sekitar Georgetown jugak. Pergi interview pastu balik terus dapat call kata diterima kerja. Okay.. hari first happy la datang kerja. Termasuk aku ada 2 orang je melayu, aku terpikir dimana aku nak solat dalam office ni sebab ruang terhad. Aku dah aim bilik meeting sebab jarang guna.
Aku berpakat dengan melayu perempuan ni jom tanya bos.
Aku: Bos, kami nak ruang untuk solat boleh tak?
Bos: Ya boleh-boleh.. U nak berapa carpet (sejadah lah!)? 3 cukup?
Aku: Thanks bos. I really appreciate that.
Okay dalam hati aku dah happy sangat ni sebab tak payah pergi masjid jauh-jauh nak solat zohor & asar. Lega dapat solat dalam office, yelaa company bukan melayu kan. But they should provide a space for muslim staff to pray. Betul tak?
Sambung cerita balik.. Selang beberapa jam, HR Manager panggil aku.
HR: I want to inform that both of you cannot pray in our office because we are afraid meeting room will be used while you're prying. Nanti kacau staf lain maaa..
Aku: Ok Thanks.
Aku berlalu pergi sambil aku menyumpah dalam hati. Kenapa aku tak boleh solat dalam office? Kalau aku solat nanti kacau orang? Serius? Muslim tak solat sambil menari atau terpekik terlolong okay. Muslim solat dalam keadaan tenang & kusyuk. Kenapa at first bos aku cakap boleh & akhirnya HR cakap tak boleh. Baru aku tahu yg HR hasut bos aku jangan bagi solat kat office.
Okay never mind lah.. Setiap kali waktu rehat pukul 1 hingga 2 petang aku akan bergegas ke surau berdekatan untuk Zohor & Asar dibuat di rumah. Aku bertahan selama 6 bulan walaupun dalam hati aku tak tahan kerja sini sebab workload + bos campur tangan; buat aku fedup.
So aku bertekad bulan Jun tu apa pun jadi aku tetap nak tukar kerja di KL start 1 July nanti.. Haa nampak tak betapa tekadnya aku fedup dan nak berhenti kerja tanpa bagi notis 3 bulan? Apa nak jadi jadi lah! Hahahaha..
Aku ulang alik KL 4x bulan Jun tu semata-mata pergi interview. Siap mak aku teman aku dan masa nak bayar makanan di RNR, baru aku tau aku tertinggal dompet dirumah. Nasib baik mak aku ada! Dia lah penyelamat duit makan & tol aku.. hahaha
Alhamdulillah aku dapat kerja di KL, maka 28hb Jun dapat gaji. Dalam kereta aku dah menimbun barang nak pindah. Habis kerja aku terus cabut balik rumah mak aku di Ipoh. Haaaa.. rasakan kau company Penang! Bye bye lah kan..
1st day aku kerja di KL aku dah siap-siap block contact number semua staf office Penang aku tu. Selepas seminggu aku dapat surat menyatakan mereka akan saman aku kalau aku tak bayar 3 bulan gaji pd mereka. Arghhhh tak boleh jadi ni. Aku pun balas surat tu melalui email yang menyatakan aku tak sesuai bekerja di company tu dan isu tak boleh solat tu adalah salah satu isu besar pada aku sebab aku Muslim. Akhirnya surat aku takda balasan dan senyap sampai harini. Takda tindakan saman ke mahkamah untuk aku.
Pengajarannya kepada yg own the company, please la provide a space for Muslim utk solat. Shopping complex pun provide Surau takkan lah office non-muslim tak boleh nak respect each order punya religion. Tapi pengajaran lari dari kerja tanpa notis berhenti tu tolong jangan ikut okay. Haha
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete