Total Pageviews

Monday, 10 November 2014

Check List 5 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan

Assalamualaikum wbt..

Sebelum ni sy ada buat entri tentang Tips Berjimat untuk Majlis Perkahwinan , tapi kali ni sy nak buat entri tentang check list perkahwinan anda yg hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi.

Ni adalah diantara senarai-senarai berdasarkan persediaan sy sendiri.. hehe

1. Catering

Pastikan korang dah booking catering cepat-cepat sebab harga minyak naik maka harga barangan dan makanan semuanya naik. Tamban lagi tahun depan GST bakal dilaksanakan so confirm lah harga catering satu kepala akan meningkat.

Sebelum booking catering, korang kene senaraikan tetamu yg akan dijemput. Baru lah kita tahu berapa bajet kita untuk catering nanti. Pastikan catering yg korang pilih tu memang sedap! Ni penting sebab kita ni nak meraikan tetamu sempena perkahwinan kita maka jamu lah dengan makanan yg sedap tapi jangan membazir. Pastikan juga catering tu ada rekod baik, maksudnya takda rekod orang makan sakit perut. Bukan apa kan ada kes makan kenduri lauk dah nak basi.

Harga & servis yg ditawarkan pihak catering mestilah berpatutan. Korang kene pandai nego baru dapat harga best. Paling best bawak mak ayah korang sekali sebab mereka paling berpengalaman dalam macam ni.

2. Pakej Persandingan

Pelamin, baju sanding, baju nikah & dekorasi tambahan untuk meja makan dan juga entrance kene pastikan harga yg berpatutan. Kalau dah semua ni lebih 10k, lupakan lah. Buat apa kita membazir. Tapi kalau ada bajet & betul-betul nak hari persandingan korang adalah memori paling indah, boleh je nak spend lebih sikit. Ikut kemampuan masing-masing.

5 bulan sebelum hari persandingan kita dah kene confirm warna apa yg kita akan pakai semasa hari persandingan tu. Pilih warna, pilih tema & pilih pakej perkahwinan yg ditawarkan butik-butik pengantin. Lagi bagus kalau survey dalam 3-6 butik pengantin. Baru jelas dan kita boleh bandingkan harga yg berpatutan & servis terbaik.

3. Photographer

Mula mencari photographer melalui kawan-kawan, Facebook, Instagram atau lain-lain. Kene cepat booking sebab selalunya photographer yg best-best mesti dah fully booked. Tambah lagi musim cuti sekolah lagi lah ramai orang kahwin.

Macam biasa, bandingkan 3-6 pakej photography. Pastikan kualiti gambar photographer tu memang tip-top & harganya berpatutan. Pastikan juga apa yg terdapat dalam pakej tersebut. Pada sy, pilih photographer kene cerewet sebab mereka capture moment paling indah dalam hidup kita.

4. Door Gift

Yg ni pun kene confirm awal-awal juga sebab nanti takda lah lari bajet. Selalunya perbincangan dengan mak ayah akan menjurus kepada door gift yg berasaskan makanan. Kadang-kadang ada yg sedara-mara sponsor. Untunglah kau! haha..

Kalau door gift untuk orang dewasa tak payah lah bagi gula-gula atau keropok. Macam tak sesuai je rasanya kan. Bagi bahulu sebiji saiz besar pun dah best.




No comments:

Post a Comment