Total Pageviews

Thursday, 26 March 2015

29 Days Until My Wedding


I'm so excited. Enough said!





Sexy Summer Abs Workout


Move your body & Burn Fat

Wednesday, 25 March 2015

Gaji Dah Masuk


Siapa gaji dah masuk arini? Okay.. iolss punya dah masuk. Sejak bekerja ni, dapat gaji rasa macam stress. Ada je benda nak kene bayar kan. Itulah lumrah bila dapat gaji. Hari ni aku dapat gaji terus bayar duit bilik sewa, kereta, bagi mak, duit astro, duit coway. Bulan depan nak kawin dah, kene asing duit nak bayar duit baju nikah pulak. Apa pun kene happy sebab rezeki Allah tu ada.. Alhamdulillah..


Pada sesiapa yang dah dapat gaji tu, marilah pm aku untuk sembang insurans.. hehehehe

Guna Duit Simpanan untuk Bayar Bil Rawatan Hospital?


Bila dengar je aku ni ejen insurans terus makcik-makcik tutup pintu rumah kan? Tapi aku tak jual insurans dari pintu ke pintu, ni metafora je noks..

Ada a few client aku yang mulanya cakap 'Eh tak payah la buat insurans takaful ni, aku tak pernah lagi masuk hospital. Nanti rugi je aku bayar bulan-bulan'. Okay.. baru aku tau kau ada 'ilmu kebal'. Aku tak kesah nak ambil ke tak, just my advice ni persediaan kita bila suatu hari nanti kita di diagnose ada penyakit kritikal. Masa tu hospital nak kita sediakan RM30K untuk pembedahan. Mana nak cari duit? Korek duit simpanan, cukup tak? Bil rawatan susulan macam mana pulak? Aduhhh.. banyak nak pakai duit kan? 

Seorang prospek ni bertanya pada aku.. Dia nak buat medical card sebab sekarang dia tengah buat rawatam kimoterapi kerana dapat Kanser Limfoma Tahap 2. Allahuakbar... Tak sampai hati rasanya nak bagi tahu yang mana-mana company insurances takkan terima permohonan penyakit sedia ada. Memang aku kesian tapi terpaksa juga bagi tahu. Umurnya baru dalam 20-an. Sebab tu aku cakap kita ni sakit tak kira tua atau muda. 

Okay.. kau cakap rugi bayar tapi tak sakit-sakit jugak. Katakan tahun pertama kau takda tuntutan, maka tahun ke-2 kau dapat diskaun 20% daripada MAA TAKAFUL. Sama macam tahun-tahun seterusnya. Apa yang rugi dah kalau kau dapat diskaun? 

Maka aku nak mengajak korang berfikir tentang masa depan kita dan orang disekeliling kita jika apa-apa terjadi pada kita. 


Kanser menyerang kita tak kira tua atau muda. MAA TAKAFUL cover bil rawatan hospital korang dan bagi pampasan jika ambil life insurans juga. Pelan untuk wanita pun ada khas untuk penyakit-penyakit kritikal yang dihadapi wanita. 




Tuesday, 24 March 2015

My Kad Kahwin

Yes.. Kad kahwin dah siap! Mak aku dah call bising-bising kenapa kad lambat sangat siap tapi okay lah kan sebulan sebelum tarikh nikah dah siap. Nasib baik housemate aku memang ada bisnes kad kahwin, maka tempah lah kat dia dengan harga 'housemate' kan.....

Aku bagi tahu yang aku minat sangat kat movie The Great Gatsby. Tau tak? Alaaa.. yang niiii... Maka housemate aku pun merealisasikan impian aku nak kad simple macam ni instead of kad bunga kartun jiwang yang tak takda feel pada aku. 




This is the best love story pada aku


Melting!