Total Pageviews

Wednesday, 2 March 2016

31 Weeks Pregnancy


Alhamdulillah kejap je rasa dah 31 minggu mengandungkan anak pertama ni. Rasa berdebar, takut, tak sabar dan sebagainya memang berlegar-legar lah dalam hati ni. Tapi kita doa yang baik-baik je okay. 

Aku memang tiap-tiap bulan scan baby dekat Klinik Mediviron TTDI, bila sampai tarikh appoinment je mesti excited sangat nak tengok baby.. Hehe.. 

So last week aku dengan husband pergi scan dan berat anggaran anak aku adalah 1.90kg.. Omaigod! Doktor cakap normal but big size. Mula lah rasa takut nak meneran bersalin nanti. 

Nasib baik doktor sedapkan hati InsyaAllah takde apa-apa sebab kadang-kadang ibu yang anaknya berat 2.8kg lagi susah nak beranak daripada 3.8kg. 

Semua tu ketentuan Allah yang menentukan macam mana kesakitan & ketahanan kita masa bersalin nanti. Sebab tu ibu mengandung digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt dan juga menjadi isteri yang solehah. 

Aku tengok kt FB byk sangat keyboard worrior yang menghentam ibu yang bersalin caeser dengan berkata yang dorang tu tak rasa nikmat dan kesakitan bersalin sebab pilih untuk caeser. Allahuakbar, sampai hati cakap macam tu. Macam melawan takdir Allah. Takpe lah kalau kita masuk campur hal keyboard warrrior ni, kita pun sama jahil je macam dorang. 

Cukuplah dengan perasaan aku yang tak sabarrrrrr sangat nak jumpa baby dalam perut ni. Tiap ari menendang-nendang kacau mummy dia. Can't wait to see u my baby! 











1 comment:

  1. Amin...moga semuanya dipermudahkan Allah.. :)

    ReplyDelete