Masih tercari-cari lagi vitamin yang sesuai semasa mengandung? Nak cari yang 100% organik dan semulajadi? Dan paling penting yang HALAL? Ya.. Shaklee kan ada!
Semasa mengandung, Ibu dan anak dalam kandungan perlu dapat khasiat yang seimbang. Maklumlah kan apa yang ibu makan, anak pun makan kan. So kene lah ibu makan makanan yang berkhasiat supaya bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan sempurna sehingga saat melahirkan.
Vitamin-vitamin Shaklee yang sy cadangkan ni, sesuai untuk ibu mengandung samada mempunyai alahan ataupun tidak. Tak semestinya semua vitamin ni perlu diambil oleh ibu tapi ikut bajet dan keperluan tubuh badan ibu dan bayi dalam kandungan. Jom kita tengok apa agaknya vitamin yang sesuai:
OsteMatrix
(Calcium-Magnesium)
Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini
mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1
biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk
membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya.
Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan
pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu
yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah
membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan
kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting
untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya
ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi
dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan
gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak
mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang
ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah
kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein(ESP)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu,
hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang
mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut
dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang
baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga
memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness
yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang
bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu
mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,
uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang
bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki
trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Omega Guard
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari
peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk
otak. DHA dan EPA dari Omega penting untuk pembentukan otak dan mata
baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
B Compleks
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid
folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan
tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko
kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan
sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi
menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu
merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana
masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal
minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C 500mg
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan
menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi
dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di
samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji
vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji
oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan
kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin
yang membawa oksigen dalam darah.
Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin
lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada
masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia
ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu,
pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Hello nice blogg
ReplyDelete