Total Pageviews

Wednesday 15 July 2015

Bercinta Selepas Kahwin




Alhamdulillah...

Hampir 3 bulan usia pernikahan aku. Belum lagi puas bercinta. Kami kenal 18 December 2014, selepas 2 minggu kenal, Fadly tanya aku samada aku sudi jadi isteri dia. Pada 17 Januari 2015 terus dia bawa keluarganya merisik aku. 

Halangan keluarga? Ya.. awalnya mak aku bising kenapa aku nak kahwin dengan orang Indonesia. Aku cakap, takpa jumpa tuan empunya badan dulu dan family nya. Alhamdulillah.. Allah buka mata mak aku dan suka dengan bakal menantu dan bakal besan. Kenapa? Tak semua orang Indonesia tu low class dan hanya kerja buruh kasar di Malaysia. Siapa Fadly? Dia masih lagi seorang pelajar PhD in Islamic Economy di Universiti Malaya dan sekarang bekerja sebagai seorang Chef. Secara jujurnya, mestilah aku pun ada citarasa tersendiri untuk pilih bakal suami sebab tu aku pilih dia. Fadly seorang yang berpendidikan, termasuk juga adik beradiknya yang lain. Ilmu agama yang cukup, tutur kata yang sopan dan menghormati dan juga menghargai aku sebagai seorang wanita dan isterinya kini. 

Pada 24 April 2015 sempena hari lahir aku, Alhamdulillah syukur pada Allah, selamat menjadi seorang isteri kepada Fadly. Hadiah hari lahir paling indah untuk aku. Singkat kan masa tu, tak sampai 4 bulan, kami terus rancang nak bernikah. Sepanjang 4 bulan, kami gigih cari duit untuk kahwin dan cuba buat majlis paling simple dan menjimatkan kos. 

Mestilah tak puas lagi bercinta, kenal baru 4 bulan. Hampir setiap hari aku akan cakap pada Fadly yang aku tak percaya yang kami dah kahwin. Dia tanya kenapa, Aku cakap indah sangat nikmat berkahwin ni. Masing-masing cuba lagi suaikenal sesama sendiri. Kenal dan perbaiki diri sendiri untuk keharmonian rumah tangga.

Jangan lah kita mind set minda kita dengan post di Facebook tentang boyfriend paling sweet tahap diabetis, bagi hadiah mahal-mahal, buat ayat romantis meleleh. Mungkin itu tuah wanita tu dapat seorang lelaki yang kaya dan romantik. Bila kita cari boyfriend pun nak yang kaya dan romantis, dah tu bila kita nak kahwin. Nak lelaki yang perfect tapi pernah kita fikir yang kita ni perfect? Boleh jadi isteri solehah yang menurut kata suami, menutup aurat dan menutup aib suami? Ni lah mentaliti masyarakat kita yang terlalu taksub dengan cerita dan gambar indah pasangan lain bercinta di Instagram dan Facebook. Hakikat sebenar disebalik hubungan diorang, kita tau? Bila kita dah mind set nak lelaki perfect, rumahtangga nanti mesti porak peranda. Kenapa? Kalau suami tak bagi hadiah Iphone, kita lekehkan dia cakap suami orang lain bg Iphone pada isteri dia. Suami tak bagi gelang emas untuk raya pun diperlekehkan. Derhaka lah isteri tu pada suaminya.

Ada juga perangai yang suka tag suami pada entri-entri di Facebook yang macam bandingkan kredibiliti suami. Sekarang tengah viral di Facebook tentang suami yang hanya follow isterinya sahaja di Instagram dan buat ayat romantis pada setiap gambar. Kemain lagi aku tengok para isteri ada yang tag suami pada entri tu. Motif? Suami kau tak terasa? Orang lain nampak kau tag suami dan mesti orang lain anggap suami kau tak romantik. Itu lah penyakit zaman sekarang. Aku tahu aku tak perfect tapi aku tau beza dosa dan pahala dalam keihlafan diri sendiri.

Belajar lah untuk terima kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Ukur baju dibadan sendiri. Perkahwinan bukan untuk sehari dua tapi untuk selama-selamanya sehingga akhir hayat jika dipanjangkan umur. Dalam rumahtangga mesti ada dugaan yang datang, tapi tabah lah untuk hadapinya dan bukan cepat melatah dengan berkasar sesama sendiri. Tanggungjawab suami adalah untuk menyediakan tempat tinggal dan memberi makan kepada isteri. Ya, memang seorang suami patut memasak dan menyediakan makanan untuk isteri. Tapi, kalau kita memasak dan menyediakan makanan untuk suami, itu namanya EHSAN. Ehsan yang ikhlas dari seorang isteri pada suami yang penat cari rezeki untuk keluarga. Ehsan juga kalau kita membantu suami dari segi kewangan kalau dia tengah dalam kesempitan.

Ada kawan-kawan aku yang  minta pendapat best ke kahwin tu. Of course lah best! Lain dari hidup membujang. Tapi aku tak dapat nak explain macam mana best tu, hanya orang dah kahwin je faham bestnya hidup bersuami. Ada yang takut dapat suami yang jahat. Semasa bercinta baik dan memberi apa sahaja untuk kita, bila dah kahwin langsung tak pedulikan kita. Apa yang aku boleh cakap adalah. Life is Gambling. Tak cuba kita tak tahu, perkahwinan tu satu perjudian juga. 

Memang aku tak pandai memasak, Fadly yang pandai masak dan mestilah lagi sedap. Bila aku memasak aku takkan bagi dia tolong aku dan hanya tunggu je depan tv sebab aku nak rasa macam mana dia penat memasak di kedai dan rumah. Tapi bila dia memasak untuk aku, kami memasak sama-sama. Aku tolong dia memasak di dapur dan belajar masak juga, Nampak tak ehsan tu macam mana sekarang? Bukan bab memasak je yang kita kene faham, tapi dari segenap aspek rumahtangga. Sama juga dengan tolong basuhkan kain, lipat baju dan iron baju. Sama-sama lah buat kerja rumah, jangan berkira sangat. InsyaAllah, Allah redhai dan berkati dengan rezeki anak dan lain-lain juga. 

Masa hari nikah aku hadiahkan sesuatu untuk Fadly, bukan material tapi satu ucapan penghargaan untuk dia:

24 April 2015

Double joy in my life as it is my birthday & I am officially a wife. Alhamdulillah.. Allah swt still keep me breathing for another day to live as a newly wife.

Thanks Fadly for asking me to marry you. I marry you without hesitation or doubt. No words can describe how much I feel happiness and excitement. I'm still miss you even you're sitting in front of me. 

Do you remember when you cooked a mashed potato for me and wrote I Love U on top of it? But I didn't noticed that because I'm super hungry women that time.. Haha that's the most romantic thing you did to me but I spoiled it. 

I promise to always be your biggest fan and your partner in crime. I will love you faithfully through the difficult and easy. What may come, I will always be there. As I have given you my hand to hold, so I give you my life to keep.

Semoga usia perkahwinan 3 bulan ni kekal sampai akhir hayat dan cuba perbaiki diri lagi untuk jadi isteri dan suami yang solehah. 

Amin.....


1 comment:

  1. Salam...Tumpang iklan ye..

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    BBQ CORNER (PERCUMA)
    1 Ekor Kambing Panggang Beserta Kondiment
    Stall & Buffet Berasingan
    Peralatan Dan Kelengkapan Hidangan

    Hubungi:
    Ayu
    017-975 1039 (call/sms)
    017-925 1039 (Whatsapp)

    ReplyDelete