Total Pageviews

Thursday 26 March 2015

29 Days Until My Wedding


I'm so excited. Enough said!





Sexy Summer Abs Workout


Move your body & Burn Fat

Wednesday 25 March 2015

Gaji Dah Masuk


Siapa gaji dah masuk arini? Okay.. iolss punya dah masuk. Sejak bekerja ni, dapat gaji rasa macam stress. Ada je benda nak kene bayar kan. Itulah lumrah bila dapat gaji. Hari ni aku dapat gaji terus bayar duit bilik sewa, kereta, bagi mak, duit astro, duit coway. Bulan depan nak kawin dah, kene asing duit nak bayar duit baju nikah pulak. Apa pun kene happy sebab rezeki Allah tu ada.. Alhamdulillah..


Pada sesiapa yang dah dapat gaji tu, marilah pm aku untuk sembang insurans.. hehehehe

Guna Duit Simpanan untuk Bayar Bil Rawatan Hospital?


Bila dengar je aku ni ejen insurans terus makcik-makcik tutup pintu rumah kan? Tapi aku tak jual insurans dari pintu ke pintu, ni metafora je noks..

Ada a few client aku yang mulanya cakap 'Eh tak payah la buat insurans takaful ni, aku tak pernah lagi masuk hospital. Nanti rugi je aku bayar bulan-bulan'. Okay.. baru aku tau kau ada 'ilmu kebal'. Aku tak kesah nak ambil ke tak, just my advice ni persediaan kita bila suatu hari nanti kita di diagnose ada penyakit kritikal. Masa tu hospital nak kita sediakan RM30K untuk pembedahan. Mana nak cari duit? Korek duit simpanan, cukup tak? Bil rawatan susulan macam mana pulak? Aduhhh.. banyak nak pakai duit kan? 

Seorang prospek ni bertanya pada aku.. Dia nak buat medical card sebab sekarang dia tengah buat rawatam kimoterapi kerana dapat Kanser Limfoma Tahap 2. Allahuakbar... Tak sampai hati rasanya nak bagi tahu yang mana-mana company insurances takkan terima permohonan penyakit sedia ada. Memang aku kesian tapi terpaksa juga bagi tahu. Umurnya baru dalam 20-an. Sebab tu aku cakap kita ni sakit tak kira tua atau muda. 

Okay.. kau cakap rugi bayar tapi tak sakit-sakit jugak. Katakan tahun pertama kau takda tuntutan, maka tahun ke-2 kau dapat diskaun 20% daripada MAA TAKAFUL. Sama macam tahun-tahun seterusnya. Apa yang rugi dah kalau kau dapat diskaun? 

Maka aku nak mengajak korang berfikir tentang masa depan kita dan orang disekeliling kita jika apa-apa terjadi pada kita. 


Kanser menyerang kita tak kira tua atau muda. MAA TAKAFUL cover bil rawatan hospital korang dan bagi pampasan jika ambil life insurans juga. Pelan untuk wanita pun ada khas untuk penyakit-penyakit kritikal yang dihadapi wanita. 




Tuesday 24 March 2015

My Kad Kahwin

Yes.. Kad kahwin dah siap! Mak aku dah call bising-bising kenapa kad lambat sangat siap tapi okay lah kan sebulan sebelum tarikh nikah dah siap. Nasib baik housemate aku memang ada bisnes kad kahwin, maka tempah lah kat dia dengan harga 'housemate' kan.....

Aku bagi tahu yang aku minat sangat kat movie The Great Gatsby. Tau tak? Alaaa.. yang niiii... Maka housemate aku pun merealisasikan impian aku nak kad simple macam ni instead of kad bunga kartun jiwang yang tak takda feel pada aku. 




This is the best love story pada aku


Melting! 







Tips Memilih Kad Perubatan

Mengapa anda perlu kad perubatan atau kesihatan?

Jika terdapat keperluan untuk dibawa untuk dirawat atau kemasukan hospital, kad perubatan ini akan menyediakan anda dengan proses daftar masuk hospital secara cashless. 

Kad perubatan akan menjaga bil perubatan sejurus selepas anda keluar (di hospital panel yang dipilih).

Ciri-ciri kad perubatan yang baik
  1. Had Seumur Hidup Tanpa Had
  2. Bilik Hospital dan Faedah
  3. Perlindungan
  4. Pilihan Pelan
  5. Faedah-faedah lain (Jenazah)
  6. Had Seumur Hidup Tanpa Had
  7. Tanpa Ko-Takaful

Salah satu sebab yang rakyat mahu untuk memperoleh kad perubatan adalah kerana perlindungan perubatan yang mempunyai had seumur hidup yang tidak terhad. 

Normal pelan kad perubatan (MAA TAKAFUL)

Jenis: P250
Liputan seumur hidup: Tiada Had
Liputan Tahunan: RM100,000

Dengan had sepanjang hayat yang tidak terhad, perlindungan perubatan seumur hidup anda adalah tidak terhad. Ini bermakna bahawa anda tidak perlu bimbang tentang apa-apa kos hospital selagi anda mempunyai kad.

Bilik Hospital dan Manfaat

Bagi bilik hospital dan manfaat, anda perlu mencari manfaat seperti: 

  1. Hari yang dibenarkan setahun untuk bilik hospital dan manfaat (Max 200)
  2. ICU (Max 60)
  3. Bayaran Pembedahan
  4. Yuran Pakar Bius
  5. Bedah
  6. Ujian Diagnostik, Rundingan Pakar, Lawatan Pakar Perubatan
  7. Rawatan Selepas Penghospitalan
  8. Kecemasan dan Rawatan Kemalangan
  9. Bayaran Ambulans
  10. Rawatan Pesakit Fisioterapi
  11. Pesakit Dialisis Buah Pinggang
  12. Rawatan Pesakit Kanser

Dan faedah-faedah lain seperti:

  1. Elaun harian di hospital kerajaan
  2. Rumah penjagaan kejururawatan
  3. Orang yang dilindungi manfaat penjaga harian kanak-kanak
  4. Yuran laporan perubatan
  5. Cukai kerajaan
  6. Perlindungan dan Pelan Pilihan

Perlindungan dan Pelan Pilihan



Di atas adalah cara pengiraan bayaran Kad Perubatan 
bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan 6 tahun.




Jadual Manfaat untuk setiap pelan

Kesimpulan

Secara umum, anda perlu mencari maklumat ini sebelum memilih kad perubatan yang betul atau pelan untuk diri sendiri dan bayi anda:

  1. Had Seumur Hidup Tanpa Had
  2. Bilik Hospital dan Faedah
  3. perlindungan
  4. Pilihan pelan
  5. Faedah-faedah lain (Jenazah)



Segmen Blogwalking #Part3


Jom join ramai-ramai segmen blogwalking dari blogger DayangDeno. 

Submit Permohonan Medical Card Client



Alhamdulillah.. Semalam selamat hantar permohonan 3 orang client untuk dapatkan medical card. Walaupun aku siap sesat sampai masuk ke Tol LDP, padahal aku terlepas sikit je simpang ke Tol Penchala. Nak marah diri sendiri pun tak guna sebab akhirnya sampai juga ke office MAA TAKAFUL di Jalan Ipoh. 

Kepada blogger-blogger tersayang, nak tau details boleh email ke farida.badarrudin@gmail.com atau Whatsapp 017-5874060









#2nd Update : Senarai Peserta Keep Calm & Follow Me by RedBellas


Terima kasih uollss kerana menyertai segmen aku yang tak seberapa tetapi hadiahnya barang misteri IKEA ni.. hehehe menarik tak? Aku amat-amat menghargai penyertaan korang. Di bawah ni senarai peserta dan akan tamat pada 31 March 2015. Sesiapa yg nak join boleh klik DISINI




Monday 23 March 2015

Masyarakat Gelandangan di Jalan TAR

Sabtu malam yang lepas tunang aku (Fadly) ajak temankan dia ke rumah kakaknya so aku pun ikut lah. Sampai-sampai je aku tengok penuh nasi ayam yang di pack sebanyak 250 bungkus. Bila ditanya, rupanya kakak dia dapat tempahan untuk masak 250 bungkus ayam untuk gelandangan di Jalan TAR. Aku pun sinsing lengan baju, apa lagi mestilah tolong bungkus cili dan kicap. Gigih laju-laju bungkus sebab 8.15pm nak ada disana dah.

Sampai je kat sana memang ramai gelandangan @ homeless people dah beratur. Kejap ya, nanti aku bagi gambar kat bawah. Excited lagi ni nak cerita. Okay.. of course lah aku excited sebab first time kan join aktiviti macam ni. Sebab tahun lepas aku baca paper katanya so-called Menter Kabinet nak saman sesiapa yang bagi makanan pada gelandangan. Like seriously? Tu namanya sedekah nokkss.. dah kenapa kau nak saman. Tau lah kau makan nasi ayam kene bayar, gelangan dapat free. Jealous much?

Okay enough tak puas hati dengan menteri. Memang panjang gila yang beratur tu. Aku tak sangka seramai ni gelandangan di area Jalan TAR, macam mana kat area lain? Ada yang naik wheelchair, gendong anak seawal 2 bulan, bawak anak bini, pak guard pun ada, skinhead pun ada jugak 2-3 orang & orang-orang tua. Budak-budak kecik 5-6 orang main-main tepi kaki lima sementara tunggu mak ayahnya beratur. Tengok situasi tu buat aku terfikir, sebenarnya apa yang jadi pada diaorang ni? Apa kisah disebalik mereka yang bergelandangan ni? Gaji diaorang tak cukup ke untuk menyewa di 'kota metropolitan' KL ni? 

Disebalik wajah-wajah gelandangan tu aku nampak ada sorang dua yang tak macam gelandangan siap pakai handbag lawa dan pegang smartphone tapi beratur ambil makanan. Pelik jugak aku, kenapa dia ni. Ataupun memang aku tak paham konsep penganjur program ni yang bagi je makanan pada sesiapa yang beratur. Sebak lah sepanjang aku disana tu menunggu makanan diagihkan kepada gelandangan. Makanan tak cukup tapi yang beratur masih ramai lagi. Hampa pulang dengan perut kosong. 

Masa aku balik tu, rasa terharu sangat sebab ada sebilangan daripada diaorang lambai-lambai aku dalam kereta. Sebak haihhh.. Bersyukur la dengan apa yang kita ada. Mungkin kekurangan yang diaorang alami tu buat diaorang lagi kuat untuk teruskan hidup. Janganlah dibuang mak ayah kita dikaki lima macam ni. Jangan juga dibuang anak tak sah taraf yang kau excident buat tu. Semua ni manusia yang Allah tiupkan roh di badan nya untuk jadi khalifah Islam di bumi Allah.. Allahuakbar. 



Ni masa aku datang line dah panjang macam ni


Nasi ayam, air mineral & air kotak ready untuk diagihkan.



 Ramai sangat yang beratur




Baca doa dulu sebelum makanan diagihkan



Nampak tu bawak anak kecil





Kesiannya.. Kecil lagi dah hidup susah cari sesuap nasi


Friday 20 March 2015

Wedding Countdown - 35 days more!


Tak boleh digambarkan perasaan excited ni.. 

Setiap orang yg dah nak naik pelamin mesti alami perasaan yg sama kan. Sama macam aku. 

Kadang-kadang stress bila pikir pasal baju xsiap lagi lah, kad pun lambat siap tapi semua tu jadi kenangan nanti..

Semoga segala urusan aku dipermudahkan Allah swt...





Wednesday 18 March 2015

Penting Sangat ke Medical Card?

Disaat ditimpa musibah, mesti korang nak rawatan hospital yg sempurna sebab nak menjalani kehidupan yg sihat & selesa selepas tu kan. Tapi bagaimana dengan bil hospital yang tinggi? Korang ada menyimpan untuk hari sakit atau gunakan kredit card je? Korang WAJIB fikirkan masalah ni....

Korang akan terjebak dengan bebanan hutang yang tinggi jika memulakan langkah yg bijak dari sekarang. Pertolongan daripada MEDICAL CARD sangat penting & diperlukan.

Apakah Medical Card @ Kad Perubatan?

Merupakan satu medium dimana kita boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta selain hospital kerajaan. Madical card menawarkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless. Semua bil perubatan akan 100% ditanggung oleh MAA takaful kerana Medica 2015 tiada co-takaful. 



Kita perlu bijak mengenalpasti kemampuan dan keperluan sebelum ambil keputusan untuk pilih manfaat kad perubatan. Katakan korang pilih manfaat bernilai RM50,000 untuk setahun, cukup ke kalau dalam setahun korang demam, patah kaki jatuh motor dan sakit jantung? Mesti tak cukup kan. Sebab tu MAA Takaful sediakan manfaat nilai perubatan bermula dari RM50,000 hingga RM500,000 setahun dan tiada lifetime limit. 

Conclusion nya... Medical card sangat penting, tanpa medical card kita terpaksa menggangung bil rawatan hospital yang tinggi dan terpaksa menggunakan saving sedia ada. Kalau takda saving, kene guna kad kredit. Itu yang teruk jadinya.  






Senarai Peserta Keep Calm & Follow Me by RedBellas


Terima kasih uollss kerana menyertai segmen aku yang tak seberapa tetapi hadiahnya barang misteri IKEA ni.. hehehe menarik tak? Aku amat-amat menghargai penyertaan korang. Di bawah ni senarai peserta dan akan tamat pada 31 March 2015. 



Berapa Saya Perlu Bayar Untuk Dapatkan Medical Card MAA TAKAFUL?


Jadual Bayaran Tahunan utk Medica 2015

Dibawah ni sy sediakan cara pengiraan untuk bayaran medical card MAA TAKAFUL. Bayaran boleh dibuat secara lump sum setahun, semi yearly, quarterly atau monthly. Mudah kan korang nak pilih mod pembayaran? Kene laju2 dapatkan medical card tau sebab kita tak tau bila kita sakit dimasa depan. Tapi bila dah sakit dan nak buat medical card paling mahal masa tu, mana-mana syarikat insurans pun takkan terima permohonan korang. Baik bertindak dari sekarang.


Pengiraan bayaran Medical Card MAA TAKAFUL. 

Umur : 27
Jantina: Perempuan
Pakej : P250
Annual Limit: RM100k / year

Mod Pembayaran Boleh Dibuat Secara: 

Yearly: RM 946

Semi Yearly: RM 473

Quarterly: RM 236.50

Monthly: RM 85.14





Monday 16 March 2015

MAA TAKAFUL - Medical Card Terbaik (MEDICA 2015)


Salam.. Sy Farida (T58493M) Agen untuk MAA Takaful.


MAA takaful - Medica2015 serendah RM41 sebulan dgn perlindungan sehingga RM500k setahun & dapat 20% diskaun semasa tahun ke-2 jika tiada tuntutan. MAA juga menyediakan pelan medical card & life insurans secara berlainan polisi.

Anda boleh dapatkan kemudahan tanpa tunai di hospital Swasta termasuk Institut Jantung Negara, Prince Court Medical Centre & KPJ.

Jom daftar sebelum 1 April 2015 untuk elak GST. Sebarang pendaftaran selepas 1 April akan dikenakan GST 6%.

Ramai yang dah bertukar kepada kad perubatan MAA Takaful yang termurah dipasaran & perlindungan terhebat.






Friday 13 March 2015

Azam Tahun 2015 Dah Tercapai




Dah masuk bulan March tapi baru nak hupdet AZAM TAHUN BARU kan! 

Actually azam tahun baru aku adalah untuk menjadi Ejen Insurans MAA TAKAFUL.
Bulan Februari aku ambil exam TBE di Petaling Jaya dan sekali klik aku lulus exam tu! Berdebar tak payah cakap lah masa selesai jawab 100 soalan lepas tu nak klik pulak butang Result. Mak aaihhhhh berdebar berpeluh-peluh dahi. Dengan redha nya aku tekan jugak, rasa nak lompat-lompat sebab LULUS!! Alhamdulillah.. usaha selama 2 hari bersengkang mata baca note ekonomi syariah yang memang aku langsung haram takda basic langsung. Yela masa baca note, apa ni Tabaruq, Hibah & lain2. Nasib baik tunang I ada basic ekonomi syariah tauuu (mengada sangat). 

Niat aku nak tambah pendapatan untuk jangka masa panjang. Selain tu nak tolong rakan-rakan yang tak mampu nak bayar bil hospital yang makin melambung sejak akhir-akhir ni dengan keadaan kesihatan & persekitaran kita yang xberapa nak healthy. 

Hari ni aku officially seorang Ejen MAA TAKAFUL (T58493M) berdaftar. So kepada rakan-rakan blogger kalau nak khidmat nasihat seorang Ejen MAA TAKAFUL, bole pm sy di 017-5874060 ya..

Mmuaaachhhhh (*-*)





Thursday 12 March 2015

Zumba at The Club Bukit Utama


Semenjak nak dekat kahwin ni, gigih pulak aku ke Zumba di The Club Bukit Utama Damansara. Seriously zumba dekat sini memang best sangat okay. Zin Joan ni sangat energetic. Semalam aku rasa macam nak pengsan sebab aktif si Joan ni.. hahaha.. Bayangkan kita bakar kalori sebanyak 500 kcal hanya dalam 1 jam. Terbakar la nasi lemak & nasi kandar kau makan siang tu. 

Sesiapa yang nak join dan duduk area berdekatan boleh lah walk-in je dulu dan daftar semasa walk-in tu. Kelas di The Club hanya pada hari Rabu & Jumaat (6.30pm) dan Sabtu & Ahad (10am). 



Wednesday 11 March 2015

Tutorial Masukkan LinkWithin Dalam Blog

Assalamualaikum..

Hari ni first time aku nak buat tutorial macam mana nak masukkan LinkWithin dalam blog masing-masing. Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu LinkWithin, ia akan suggest post-post yang related kepada entry kita. Maka rating untuk pembaca klik & juga baca akan tinggi.




Masuk ke website LinkWithin , korang akan lihat page macam dibawah:



Isi ruangan kosong tersebut. Pastikan pilih Blogger untuk Platform jika korang gunakan blogspot. 


Selepas tekan butang Get Widget, paparan baru akan muncul & korang akan lihat arahan unutk masukkan linkwithin dalam blog. Klik pada Install Widget. Satu paparan baru akan dibuka seperti dibawah:


Pilih blog anda untuk Select A Blog & klik Add Widget. 

Gadget LinkWithin akan ditambah di sidebar korang seperti dibawah:


Pindahkan Gadget berkenaan ke bawah Blog Post 


Last sekali jangan lupa klik Save Arrangement. 

Good Luck!






Alahai.. Kecik-Kecik Dah Pandai Borak Pasal Kemaluan!



Apa motif budak-budak ni sembang pasal kemaluan? Siap nak offer tolong potongkan lagi si jantan punya bulu k**e.. Budak-budak sekarang ni dah kenapa? Belum lagi jadi laki bini tapi dah tanpa segan silu bersembang hal sulit macam ni.

Ini lah kes yang tengah viral sekarang. Nampak sangat kedua-duanya adalah budak sekolah lagi. Meremang mak ayah kau baca message macam ni. Hantar sekolah suruh belajar pandai-pandai, dah menyimpang rupanya ajaran budak-budak ni. Dorang ni patut kene mandi dengan air yassin bagi keluarkan semua hormon-hormon gatal tu. 

Please lah adik-adik yang masih belum baligh lagi tapi dah start menggatal, tolong pikir masa depan sebelum bertindak luar batasan. 

Tuesday 10 March 2015

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015



Dinner di ROA by Jovian Mandagie

Siapa pernah makan di ROA? Sumpah sedap! Haa.. memang betul sebab masakan Manadonese nya super pedas & sedap. Sesiapa penggemar masakan pedas boleh lah berkunjung ke sini. Pemiliknya adalah Jovian Mandagie iaitu pereka fesyen Malaysia. Kenapa masakan Manado yg diperkenalkan? Sebab Jovian ni half Indonesian which is from Manado iaitu terletak di Kepulauan Sulawesi, Indonesia.

Memang berasap lah lidah & telinga menanggung pedas tak terkata drpd Ayam Rica-rica. Sedap tapi super pedas! Kene bertenang dulu sebab tahan pedas pastu baru sambung makan balik.. hahaha




Cantik kan lampu meja ni



Kuah Asam Marlin - RM25

(Ikan Marlin yg sangat juicy & pedas)



Ayam Tuturaga - RM12.50 & Kukis Kelapa - RM4

(Ayam Tuturaga ni tak pedas sangat. Kukis Kelapa tu manis, sesuai makan untuk hilangkan pedas)




Ayam Rica-Rica - RM12.50

(Inilah yang buat aku tak tentu sebab super pedas! Tapi nak teruskan makan jugak sebab sedap sgt.. hehe)



Makanan di ROA memang agak mahal tapi berbaloi nak cuba untuk pertama kali sebab dapat merasa masakan Manado. Yang ni aku makan di Shah Alam, ada juga cawangan nya di Bangsar. Cuba tau!