Total Pageviews

Tuesday 3 March 2015

52 Days Until My Wedding

Tuptaptuptap dah tinggal 52 hari je lagi ke tarikh pernikahanku! Kehkehkeh.. nebesss tak payah cerita la. Baru 52 hari, kalau 52 jam lagi nebesss gila baq hang! Alhamdulillah setakat ni persiapan berjalan lancar dan last minute dapat cut cost. Sebab tu lah orang dok cakap, kahwin jela jangan risau pasal bajet. Niat nak dirikan masjid tu sangat diredhai Allah, maka akan dipermudahkan. Macam kes aku lah ni, risau gila bajet macam tak cukup tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

Ni aku nak bagi tips lah pada sesiapa yang nak kahwin tu, ambil lah point-point yang aku listkan ni untuk panduan adik-adik sekalian. Dah kakak-kakak dah aku sebab nak kahwin, lepas kahwin jadi mak-mak pulak. 

1. Baju Nikah

Aku amat menitik beratkan baju nikah aku sebab yelahhh nikah kan! Mestilah nak baju tu betul-betul padan dengan citarasa & tubuh badan kita. Tunang aku layankan aje aku nak ke jalan TAR lah, Masjid Jamek lah. Sanggup harung jem lepas kerja sebab nak survey baju nikah. Bukan beli ya, survey! Aku tau dia pening tengok aku pening pikir pasal baju. Tiap masa conversation kitaorg hanya pasal baju. Kejap nak beli dah siap, kejap nak tempah kat designer kononnya. Lastly aku end-up dengan bagitahu dia yang aku nak tempah kat sorang designer ni namanya Abim Hassan  . Tengok Instagram dia terus jatuh cinta tengok baju-baju design dia. Terus Whatsapp & buat appoinment. Seronok pegi butik dia sebab rambang mata tengok dress cantik-cantik. Selesai perbincangan dengan bayar duit deposit & ambil ukuran badan. Tak sabaq nak fitting! Nanti ni update lain ya. 

2. Baju Sanding

Kami decide cari baju sanding yang sewa paling murah sekali. Kenapa? Sebabnya aku dah berhabis beribu-ribu hanya untuk baju nikah. Maka, pulanglah kami ke Ipoh semata-mata mencari baju sanding sewa paling murah. Kat KL memang tak dapat lah sewa bawah RM500 kan. Dah sampai Ipoh, so berjalan lah kitaorang sampai 3 kedai. Tak larat noksss fitting baju, dah la cuaca panas. Tau lah baju pengantin macam mana, tebal & panas. Kedai ke-3 memang aku give-up dah. Aku berazam ini lah kedai terahir aku nak pergi. Then, akhirnya aku jumpa baju yang aku suka. Bila fitting pun nampak cantik, compare dengan sebelum ni aku fitting tak sanggup tengok kat cermin. Macam ikan paus pun ada. Mintak maaf la kedai pengantin, kalau peluh aku dah melekat-lekat di baju korang. Kedai ke-3 adalah butik Pengantin Mya Irdina, Ipoh. Hanya RM450 je sewa baju sanding okayh! Ok bayar terus. 

3. Kad Kahwin

Kad kahwin ni penting dan perlu ditempah 2 bulan sebelum majlis. Sebab masa kau bayar booking tu, dorang proses & print kad kahwin kau lebih kurang 2 minggu. So mak aku dah bising suruh tempah awal. Gatal lutut katanya nak edarkan kad kahwin anak sulung dia yang sorang ni. Aku pun memang nak berjimat habislah tempah kad kahwin, banner & bunting. Okay aku bertuah lagi kali ni sebab housemate aku buat bisnes kad kahwin. Senang bincang kat rumah sambil tengok tv dan makan keropok. Aku nak design macam The Great Gatsby, tau tak movie tu? Alaa.. Leonardo Titanic tu. Love story lah. Layout poster movie tu sangat-sangat amazing lah pada aku, so aku suruh housemate aku design macam tu jugak. Disebabkan housemate maka dorang bagi la harga housemate kat aku.. Total RM290 untuk 500 keping kad kahwin, 2 banner & 1 bunting. Bayar habis terus. 

4. Catering

Actually aku dah tempah catering sebelum ni tapi bayar deposit RM200 je tapi total bil aku adalah RM9860. Bila dibincang balik bersama-sama family, ada yang suggest catering sedara-mara lah, so dapat lah aku catering murah hanya RM 8400. Aku malas nak pikir dah, asalkan boleh jimat so kau jimat okay. 

5. Pelamin

Haa.. yang ni aku bertuah sebab tunang aku ni ada susur galur buat catering + pelamin. Dipendekkan cerita, barang-barang hiasan pelamin semuanya dia ada. So kat situ dah boleh jimat beribu-ribu daripada sewa pelamin kat kedai pengantin. Better buat sendiri, puas hati dan pengalaman tu kita boleh kenang & gelak balik bila ingat. 

Yang ni jelah major budget untuk perkahwinan. Jangan risau kalau tak cukup duit, mesti ada salah satu cara tu Allah permudahkan untuk kita. 

No comments:

Post a Comment