Total Pageviews

Tuesday 12 August 2014

Tips Berjimat Untuk Majlis Perkahwinan - DIY

Entri ni aku buat untuk golongan marhaen macam aku je yang tak mampu nak buat pelamin ribu2 + fresh flowers + wedding decorator retis! hehehe.. tapi entri ni mengajar kita untuk pandai berjimat semasa perancangan nak kahwin sebab sebenarnya kehidupan lepas kahwin tu lagi penting daripada persandingan serba mewah. Betul tak?

Zaman sekarang nak kahwin kene standby duit dalam RM30,000 ke atas. Ni untuk belah lelaki. Kalau belah perempuan pun still kita kene standby RM10,000 ke atas walaupun dapat duit hantaran daripada pihak lelaki. Ni bajet untuk orang macam aku lah, kalau orang yang memang ada bajet lebih boleh buat kenduri 3 hari 3 malam di hotel atau golf club. Yang tu aku tak buat entri ya pasal bajet lebih boleh buat apa ya...

Segalanya boleh DIY!! Apa DIY tu? Do It Yourself! Kenapa? Sebab kita boleh guna barang-barang lama dan terpakai dan boleh nampak baru & cantik. Ini lah dilema semua orang... Sebab terpaksa cut bajet untuk majlis perkahwinan.

So, aku planning nak buat semuanya DIY. Antaranya:

1) Kad kahwin

Apa kata daripada membazir tempah kad di kedai bayar beratus-ratus untuk kad yang cantik meletops dan akhirnya orang buang jugak ke dalam tong sampah? Ya, kalau aku pun aku tak simpan kad kahwin orang sebagai kenangan. Maka kita buat sendiri kad kahwin kita. Buat map guna Sketch Up dan buat invitation tu pakai Microsoft Words je. Mudah kan? Lepas tu print pakai printer sendiri dan beli kertas warna-warna di kedai buku. Jimat dan mudah. Bawah ni aku sertakan contoh-contoh untuk jadi inspirasi korang.




2) Baju Nikah & Sanding

Sopannya kalau pakai jubah kan? Ada yang cantik pakai baju kurung moden. Buat apa tempah beribu-ribu pada designer dan kita simpan dalam almari je. Baik kita pilih kain, tempah dan design sendiri. Jangan terlalu sarat sebab selepas tu kita boleh guna lagi untuk dipakai raya atau ke majlis-majlis. Sederhana tu bagus kan? Beli Jubah Zawara pun boleh, jahit lace dan manik sendiri untuk nampak lagi berseri-seri baju nikah kita. Jadikan inspirasi daripada designer local dan luar negara untuk dijadikan baju nikah dan sanding korang. Mesti cantik berseri-seri. 







3) Pelamin

Kita pun sedia tahu yang adat merenjis dan bersanding ni hanya adat semata-mata. Tidak digalakkan dalam Islam. So, pada aku baik buat pelamin hanya untuk bergambar dengan tetamu dan sanak-saudara yang datang dari jauh tu. Kalau aku suka tema garden so aku idamkan bunga-bunga yang cantik menghijau jadi backdrop pelamin aku. Tapi ni versi murah ya sebab tanam sendiri pokok di rumah dan dijadikan backdrop. Kalau korang ada buaian, cat kan baru supaya nampak berkilat dan cantik. Atau memadai pakai kerusi panjang yang dicatkan semula untuk dijadikan kerusi pengantin. Mana yg ada tanah lapang di rumah tu boleh la menanam pokok daripada sekarang. Atau nak express boleh beli bunga dah siap atau artificial di kedai bunga berhampiran anda. Atau korang nak pakai barang-barang antik dan ditambah dengan barang-barang moden. 






Entri lain aku akan sambung sembang pasal DIY ni. Setakat ni je idea aku untuk DIY sebab tengah busy buat taking-off. Haihhh mengelat waktu kerja! Bye!!








No comments:

Post a Comment