RedBellas

Total Pageviews

Monday, 19 September 2016

Review: Rumah Kueh by Rita Rudaini

Nak cerita Khamis minggu lepas mak aku ada kat KL tolong jaga Uwais sebab babysitter aku cuti seminggu. 

Aku pun bawak lah mak aku pergi Rumah Kueh, alaaa Rita Rudaini punya tu.. Saje lah aku nak bawak mak aku nanti dia balik Ipoh boleh lah dia bangga cerita kat kawan-kawan dia yang dia pergi makan kat kedai Rita.. Hehehe

Aku tak tahu kenapa kalau ingat Rita ni mesti aku teringat dia cakap ex-husband dia tak pernah pun belikan dia spender.. Hahahaha adoiiii.. 

Okay-okay nak review.. Rumah Kueh ni terletak di Sunway Nexis di Kota Damansara.. Dekat jugak dengan The Strand. Korang guna Waze okay. 



Aku saje nak try kuih-kuih traditional kat sini sebab masa ni kitaorang baru je lepas lunch mak aku masak kat rumah. 


Haaa.. Kau rasa?? Kuih cara RM6 ada 5 ketul. Kuih koci RM3.60 ada 2 ketul. Hahahaha.. Rasa macam orang kaya makan kuih je. 



Tapi kuih-kuih ni memang sedap. Manis, berlemak semua lah pada aku memang secukup rasa. Harga dia memang aku tak boleh hadam.. Hahaha maybe sebab sewa situ mahal kot.. 

Overall okay lah kalau nak pergi sekali untuk merasa je kan. Nak datang banyak kali untuk makan kuih je idokkkk lahh.. 

Okay lepas tu nak hantar Opah si Uwais balik Ipoh.. Huhu



Hmmmppphhh sayangggg mami 😘




SugarBelle Matte Lip Cream

Assalamuaikum.. 

Lamanya tak update blog. Maklumlah busy menguruskan anak yang makin aktif.. Hehehe.. 

Anyway nak tanya ni siapa pernah dengar tentang matte lip cream SugarBelle? Alaa.. Yg founder dia Belle Al-Yahya (Bella Ammara) dan Eyqa Sulaiman (Sugarscarf) tu.. 

Aku mula saje lah nak beli sebab ak memang suka sangat matte lipstik sebab tahan lama. Bila cuba je SugarBelle ni terus aku jatuh cinta gitu sebab warna-warna dia sangat best dan paling penting tahan lama. Aku cuba warna Sugar Pink macam kat bawah ni.. 


Then bila aku dah jatuh cinta terus aku daftar jadi ejen.. Hehehe.. So now aku nak promo lah sesiapa yang nak cuba dan beli boleh lah order pada aku.. So dibawah ni adalah warna-warna yang korang akan suka. Tapi aku nak share apa yang best dulu SugarBelle ni: 

1. Tahan lama (matte)
2. Ada bau flowery + candy
3. Senang dibasuh dengan air semasa nak berwuduk
4. Halal
5. Soft texture
6. KKM approval & manufactured in Korea 

Range harga adalah mengikut warna dari RM49 & RM59

























Thursday, 21 July 2016

Mak Yang Menangis Hantar Anak Pada Pengasuh



Kisah ni adalah kisah aku tak boleh move on berpisah dengan Uwais lepas berpantang. Habis cuti 2 bulan so kene lah kerja balik. So bermula lah sindrom rindu anak. Aku percaya mak-mak lain pun sama macam aku. 

Sehari sebelum hantar Uwais ke pengasuh, aku dah menangis teresak-esak sebab tak boleh bayangkan hantar Uwais bagi stranger jaga. Nasib baik Fadly tenangkan aku. 

Esoknya sebelum hantar pada pengasuh, ada appoinment cucuk 2 bulan. Aku pun mintak cuti halfday. Nak dijadikan cerita, aku cakap kat Fadly, lepas cucuk terus hantar Uwais sebab nak tengok Uwais boleh ke duduk lama dgn pengasuh. Fadly cakap ok. 

Pastu dah parking depan rumah pengasuh, aku menangis teresak-esak lagi tak sanggup nak hantar Uwais. Fadly pun cakap takpe lah sebelum masuk ofis tengah hari nanti baru hantar. 

Uwais relaks je tapi mami dia pulak yang menangis beria-ria. Hahahaha.. 

Yelah siapa tak risau nak hantar anak dekat stranger kan. Doa yang baik-baik supaya pengasuh sayang anak kita macam anak sendiri. 

Drama aku menangis bersambung esoknya hari ke-2. Hahahaha.. Tapi sekarang dah 2 minggu aku dah boleh move on. 

Sekian cerita daripada mami yang emosi. 



Monday, 27 June 2016

Motherhood Journey



Sejujurnya motherhood is not easy and super tough for me. Masa hari pertama lahirkan Uwais, memang rasa happy tak sangka dapat dakap baby yg selama ni 40 weeks dalam perut kita. Rasa sebak bila Fadly azankan Uwais, first experience.  Maka berakhirlah waktu melawat di hospital. Bermulalah episod jaga baby sorang-sorang. Honestly memang aku tak pernah baca or google anything pasal jaga newborn sebelum discharge dari wad. Dah lah husband tak boleh teman kat Hospital Selayang. 


Malam pertama memang challenging sangat pada aku sebab Uwais asyik menangis, aku tak tahu kenapa masa tu. Tiap selang sejam je nangis, susu aku tak banyak tapi Uwais lapar. Dengan aku sekali menangis sebab rasa pressure. Memang langsung tak cukup tidur malam pertama sebab asyik bangun susukan Uwais dan agak seksa untuk aku bangun sebab aku czer so memang rasa perut macam nak terburai je. 

Esoknya doktor cakap Uwais kene jaundice pulak, dah kene duduk bawah lampu biru. Aku nangis dekat Fadly sebab kesiankan Uwais. Sepanjang waktu melawat dari pukul 12.30pm-7pm memang Fadly temankan aku dan jaga Uwais untuk bagi aku tidur kejap. Malam kedua jadi super tough untuk aku sebab lagi nyaring dan kuat Uwais nangis. Sepanjang malam aku nangis sebab stress tak penah handle baby macam ni. Dah anak beranak nangis. Hahaha.. 

Hari ke-3 pun sama kene tahan wad lagi sebab bacaan jaundice Uwais still tinggi. Lagi sekali aku menangis jugak malam tu sebab tak boleh handle stress Uwais menangis. Fadly pun dah risau tengok keadaan anak bini dia, yelah dah aku nangis Uwais pun nangis. Kesian laki aku.. Hehehe.. Alhamdulillah hari ke-4 doktor bagi discharge utk follow up dgn kkia je. 

Masa berpantang nasib baik mak aku datang jaga aku kat KL. Fadly pulak cuti seminggu untuk jaga aku. Malam-malam Uwais menangis, aku pun menangis jugak sebab nipple crack dan aku jadi trauma nak susukan Uwais. Fadly yang bangun tengah malam dan dodoikan Uwais. Boleh lah aku lena untuk 2-3 jam. Sejenis perangai Uwais ni dari lahir sampai sekarang memang nak org peluk dia sambil tidur. Adoiii anak.. Memang penat lah nak dodoi campur stress nipple crack lagi. 

Hari ke-7 aku dah beli brestpump Malish Ilaria sebab aku trauma nak direct bf pada Uwais. Seminggu aku tak bagi direct bf pada Uwais sebab aku nak sembuhkan nipple dulu. Sakit gila nipple crack, siap keluar darah campur susu bila pam. Tiap kali Uwais menyusu tiap kali tu lah aku menjerit sebab sakit. Nasib baik ada suami yang bagi support urut belakang dan cium dahi. Tapi mak aku gelak okay masa aku jerit, dia cakap dia dulu tak sakit.. Haihhh tak dapat support dari mak. 

Ditambah dengan sakit czer dan jahitan aku terbuka sikit sebab aku lasak sangat. Yelah mana tak lasak, Uwais nak susu tak boleh lambat walau sesaat kalau tak memang sakit telinga dengar suara dia nangis. Aku pun bangun laju-laju lah sebab nak bagi susu. 

Senang cite dalam tempoh berpantang memang keje aku nangis je. Mak aku masak lauk berpantang sup ikan haruan dan nasi pun aku nangis sebab tak meriah  lauk tu. Tengok pulak mak aku masak sedap-sedap untuk Fadly makan. Nasib baik ada Fadly bagi support cakap mak masak tak sedap, lauk aku lagi sedap.. Hahahaha... 

Bukan senang nak jadi mak sebab tu bila kita ada anak baru kita tau macam mana mak kita jaga kita masa kita baby dulu. Tak mudah nak hadap motherhood ni sebab kita kene ada semangat yang kuat, kene sentiasa positif, kene ada tahap kesabaran yang tinggi. 

Tapi sampai sekarang jugak aku nangis kalau Uwais meragam. Hehehe.. Motherhood is completely humbling experience that I've ever had. Harap-harap dapat jadi mommy yang terbaik untuk Uwais even we both cry every night but things will get better every day.. (^~^)

Tuesday, 7 June 2016

Uwais Al-Qarni

Assalamualaikum.. 

Lambatnya nak update blog sebab sekarang tengah dalam pantang. Alhamdulillah pada 8 May 2016, selamat melahirkan baby boy dengan berat 3.33kg secara c-sec di Hospital Selayang. 

Memang dari sebelum lahir dah plan nak bagi nama Uwais Al-Qarni sempena nama hamba Allah yg terkenal dilangit tapi tak terkenal di bumi. Semoga Uwais menjadi anak yg soleh dan taat pada Allah dan juga pada mommy dan papa. 

Yang ni gambar Uwais masa baru lahir. 



Sekarang Uwais dah 28 hari.. Makin besar makin kuat menyusu. Haihhh.. Penat mommy.. Hehehe..