Thursday, 21 April 2016

Farewell Lunch di Bangkok House TTDI bersama Dato Terlajak Laris

Alhamdulillah..

Kenyang makan dekat Bangkok House di TTDI. Mana tak nya order macam semua kebulur tak makan seminggu. Dah la tengah mengandung kan, perut memang rasa nak meletup lah.. Hehe

Farewell lunch ni sempena ada sorang colleagues ni nak berhenti so kita raikan lah dia buat makan-makan kat Bangkok House. 

Maaf tak sempat nak tangkap gambar makanan sebab bila sampai je atas meja terus sambar.. Yela 20 orang makan kan.. Hahaha.. Tapi kebetulan ada Dato' Aliff Syukri dan Zara Zya dekat dalam Bangkok House tu sebab dorang tengah nak shooting drama Duda Terlajak Laris. Memang betul lah ada artikel dia bagi tahu dia hanya makan makanan yang bini dia masak, dia memang bawa bekal pun. Humble sangat orangnya memang tak sombong.. 








Overall makanan memang sedap-sedap tambah lagi ikan siakap masak kerabu tu. Sedappp weyhhhh.. Tomyam pun memang thorbaikkk. Soft shell crab memang sangat sedap. Dessert macam aiskrim kelapa, pulut mangga memang sedap. 

Total kitaorang makan adalah RM1600. Berbaloi lah sebab kami makan 20 orang dan order pun portion medium ke large, air dan dessert lagi. 

Korang pun boleh lah cuba 😍






38 Weeks Pregnant


Alhamdulillah dah minggu ke-38, sekarang menunggu masa je nak bersalin. 

Baby pun aktif lagi dalam perut ni, tambah lagi kalau lepas makan. Macam pesta dia berpusing-pusing.. Hehe

Mommy dah tak sabar nak jumpa baby dah. Harap-harap Allah swt permudahkan proses bersalin nanti. 

Aminnnn... 

Wednesday, 20 April 2016

New Design PikaLula Baby Booties

Hello bloggers semua.. Kali ni nak update design baru untuk baby booties sempena nak raya. Mesti comel je baby korang dengan design baru ni.. 

New Handmade Baby Booties 

Price: 
RM 69 / pair
Postage RM6 (WM) / RM9 (EM)

Size: 
0-6 months (11cm)
6-12 months (12cm)

Material: 
Faux suede sole
Velboa inner

Very soft & comfortable, suitable learning to walk. 

To order: 
Whatsapp / pm 0175874060







































Thursday, 7 April 2016

Kisah Seram : Dukung


#kisahseram Dukung

Terdapat satu pasangan suami isteri yang suka bergaduh. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun. Hampir setiap masa pasangan ini akan bergaduh sehinggakan mereka pernah membuat keputusan untuk bercerai. Namun demi kebaikan anaknya, mereka masih lagi tinggal bersama. 

Pada satu malam, apabila anaknya telah masuk tidur, pasangan ini telah bergaduh besar. Si suami telah mengamuk dan membunuh isterinya.

Apabila dia menyedari perbuatannya, dia mula mencari jalan untuk melupuskan mayat isterinya. Dia membawa mayat isterinya dan sembunyikan ia di dalam boot kereta lalu memandu ke bukit berdekatan.

Di dalam kegelapan, dia mendukung mayat isterinya dan mendaki bukit untuk mencari paya yang berdekatan. Apabila dia sampai ke satu paya yang besar, dia campak mayat isterinya dan melihat ia tenggelam ke dalam lumpur yang tebal. Keadaan di paya itu sungguh busuk.

Subuh kian menjelma, apabila dia sudah memastikan mayat isterinya sudah dilupuskan, dia pulang ke rumah untuk membersihkan dirinya yang penuh dengan lumpur yang berbau busuk.

Selepas sahaja dia mandi bersihkan diri, bau busuk lumpur itu masih melekat di badannya. Pelbagai minyak wangi yang digunakan namun bau busuk itu masih tidak hilang. Oleh kerana kepenatan, dia baring di atas sofa sambil memikirkan apa yang perlu di beritahu kepada anaknya nanti.

Apabila anaknya sudah bangun, dia langsung tidak bertanya kepada ayahnya dimana ibunya.  Anaknya leka menonton tv. Dia mula mengesyaki yang anaknya mungkin melihat kejadian dia membunuh ibunya semalam. Jikalau anaknya tahu, mungkin dia terpaksa membunuh anaknya sekali.

Dia bangun sambil menyorok pisau dibelakangnya dan bertanya kepada anaknya yang sedang asyik menonton TV.

“Ada apa-apa yang kau nak tanya aku?” tanya si ayah
“em.. ya” jawab si anak
“Adakah pasal ibu kamu?”
“Em.. ya..”

Si ayah ingin membuat cerita palsu yang ibunya sudah melarikan diri ke rumah kawannya.

“Mesti kamu tertanya-tanya di mana ibu kamu?” tanya si ayah
“Tak.” Jawab si anak
“Hah? Habis tu kamu nak tanya apa?”
 “Kenapa muka ibu sangat pucat dan penuh dengan lumpur? Dan ayah tak penat ke asyik dukung ibu dari tadi?”

Ayahnya terkejut mendengar kata anaknya itu. Dia melihat belakang tapi bayang isterinya tidak kelihatan… Namun bau busuk lumpur itu masih melekat di badannya…

#seram #hantu #penselstudio

Creampuff Sedap Dari Farrah


Okay pagi-pagi lagi dah bagi korang terliur tengok creampuff ni kan. Lap sikit mulut tu ya.. Hehe

Actually minggu lepas tak tahu lah kenapa terliur sangat nak makan creampuff (sindrom orang mengandung). So search lah dalam instagram.. Jumpa satu akaun insta ni yang jual dessert. Tengok creampuff dia pulak gemok-gemok fluffy-fluffy gebu-gebu.. Hehehe

Haruslah terus order 50 biji dengan harga   RM60 dan delivery sendiri oleh Cik Farrah ni tambah RM15 sebab dia dari Puchong nak hantar kat mak buyong ni di PJ. 

Aku order 50 sebab separuh nak bagi kakak-kakak ipar merasa (bodek la katakan). 

Sampai je creampuff tu terus aku telan 10 biji kat ofis. Sedap woooo... Creamy-creamy je rasanya. 

So sesiapa nak order boleh lah search dekat instagram @farra_sunshine ataupun Whatsapp dia terus di 012-6872467

Selain creampuff ada macam-macam lagi yang dia jual. Aku curi gambar sikit dari insta dia. Mohon terliur dan order ya.. Hehe

Brownies tower with strawberry

Nutella Cheesetart

Nutella Cheesetart with Strawberry



Monday, 4 April 2016

36 Weeks Pregnant



Alhamdulillah usia kandungan dah masuk 36 minggu.. Tinggal lebih kurang 4 minggu atau 28 hari je lagi nak jumpa baby ni. Rasa tak sabar sangat-sangat. 

Dah makin dekat tarikh bersalin ni kadang-kadang rasa ngilu dekat bawah perut, rasa perut keras dan ofcourse selalu sangat bangun tengah malam untuk ke toilet. 

Sekarang baby aktif menendang-nendang bila aku makan something yang sweet macam aiskrim atau coklat. Kalau makan nasi lagi lah dia aktif menendang. Ni petanda anak kuat makan ke? Hehehe.. 

Tapi satu yang aku perasan, kalau suami aku panggil baby dan berborak dekat perut aku mesti baby akan bergerak aktif. Macam dia excited sangat dengar suara papa dia. 

Yang penting aku berharap sangat proses bersalin aku berjalan lancar dan dipermudahkan. Doakan ya family blogger ku.. 😍