Thursday, 21 April 2016

Farewell Lunch di Bangkok House TTDI bersama Dato Terlajak Laris

Alhamdulillah..

Kenyang makan dekat Bangkok House di TTDI. Mana tak nya order macam semua kebulur tak makan seminggu. Dah la tengah mengandung kan, perut memang rasa nak meletup lah.. Hehe

Farewell lunch ni sempena ada sorang colleagues ni nak berhenti so kita raikan lah dia buat makan-makan kat Bangkok House. 

Maaf tak sempat nak tangkap gambar makanan sebab bila sampai je atas meja terus sambar.. Yela 20 orang makan kan.. Hahaha.. Tapi kebetulan ada Dato' Aliff Syukri dan Zara Zya dekat dalam Bangkok House tu sebab dorang tengah nak shooting drama Duda Terlajak Laris. Memang betul lah ada artikel dia bagi tahu dia hanya makan makanan yang bini dia masak, dia memang bawa bekal pun. Humble sangat orangnya memang tak sombong.. 








Overall makanan memang sedap-sedap tambah lagi ikan siakap masak kerabu tu. Sedappp weyhhhh.. Tomyam pun memang thorbaikkk. Soft shell crab memang sangat sedap. Dessert macam aiskrim kelapa, pulut mangga memang sedap. 

Total kitaorang makan adalah RM1600. Berbaloi lah sebab kami makan 20 orang dan order pun portion medium ke large, air dan dessert lagi. 

Korang pun boleh lah cuba 😍






3 comments:

  1. wah ramainya.. dapat pulak jumpa Dato terlajak laris.. tapi umie jeles bila akak dapat jumpa zara zya..huhu

    ReplyDelete
  2. RM1600 ..memang berbaloi..macam2 ada..hehe

    ReplyDelete