Thursday, 7 April 2016

Kisah Seram : Dukung


#kisahseram Dukung

Terdapat satu pasangan suami isteri yang suka bergaduh. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun. Hampir setiap masa pasangan ini akan bergaduh sehinggakan mereka pernah membuat keputusan untuk bercerai. Namun demi kebaikan anaknya, mereka masih lagi tinggal bersama. 

Pada satu malam, apabila anaknya telah masuk tidur, pasangan ini telah bergaduh besar. Si suami telah mengamuk dan membunuh isterinya.

Apabila dia menyedari perbuatannya, dia mula mencari jalan untuk melupuskan mayat isterinya. Dia membawa mayat isterinya dan sembunyikan ia di dalam boot kereta lalu memandu ke bukit berdekatan.

Di dalam kegelapan, dia mendukung mayat isterinya dan mendaki bukit untuk mencari paya yang berdekatan. Apabila dia sampai ke satu paya yang besar, dia campak mayat isterinya dan melihat ia tenggelam ke dalam lumpur yang tebal. Keadaan di paya itu sungguh busuk.

Subuh kian menjelma, apabila dia sudah memastikan mayat isterinya sudah dilupuskan, dia pulang ke rumah untuk membersihkan dirinya yang penuh dengan lumpur yang berbau busuk.

Selepas sahaja dia mandi bersihkan diri, bau busuk lumpur itu masih melekat di badannya. Pelbagai minyak wangi yang digunakan namun bau busuk itu masih tidak hilang. Oleh kerana kepenatan, dia baring di atas sofa sambil memikirkan apa yang perlu di beritahu kepada anaknya nanti.

Apabila anaknya sudah bangun, dia langsung tidak bertanya kepada ayahnya dimana ibunya.  Anaknya leka menonton tv. Dia mula mengesyaki yang anaknya mungkin melihat kejadian dia membunuh ibunya semalam. Jikalau anaknya tahu, mungkin dia terpaksa membunuh anaknya sekali.

Dia bangun sambil menyorok pisau dibelakangnya dan bertanya kepada anaknya yang sedang asyik menonton TV.

“Ada apa-apa yang kau nak tanya aku?” tanya si ayah
“em.. ya” jawab si anak
“Adakah pasal ibu kamu?”
“Em.. ya..”

Si ayah ingin membuat cerita palsu yang ibunya sudah melarikan diri ke rumah kawannya.

“Mesti kamu tertanya-tanya di mana ibu kamu?” tanya si ayah
“Tak.” Jawab si anak
“Hah? Habis tu kamu nak tanya apa?”
 “Kenapa muka ibu sangat pucat dan penuh dengan lumpur? Dan ayah tak penat ke asyik dukung ibu dari tadi?”

Ayahnya terkejut mendengar kata anaknya itu. Dia melihat belakang tapi bayang isterinya tidak kelihatan… Namun bau busuk lumpur itu masih melekat di badannya…

#seram #hantu #penselstudio

1 comment: