Monday, 15 February 2016

DIY Air Selusuh

Assalamualaikum...

Disebabkan kandungan aku dah 29 weeks maka perasaan nervous dan macam2 perasaan lagi bercampur aduk dalam diri ni. Tambah lagi dengan cerita-cerita dalam Facebook yang mana orang ni tertinggal uri dalam perut lepas bersalin, kene czer, kene jahit dan macam-macam lagi buat aku jadi makin takut. 

Tapi Insyaallah aku berdoa agar diberi kekuatan dan keberanian untuk bersalin. Yela siapa tak takut kan? Berdoa dan tawakal pada Allah supaya dipermudahkan proses bersalin nanti. 

Kali ni aku nak share tentang AIR SELUSUH. Turns up baru aku tahu yang air selusuh ni air biasa je a.k.a air mineral or air putih. Dari segi hukum Islam, selusuh adalah harus. Asalkan takda jampi serapah, hembus kanan hembus kiri dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran Islam. 

Fungsi? Menurut kata orang adalah untuk memudahkan proses bersalin tapi aku tak tahu betul ke boleh membantu ibu bersalin dengan mudah. Ada yang kata, air selusuh ni nak mujarab kene suami yang buat sendiri dan bagi isteri minum semasa dalam labour room. 

Yang sebenarnya semuanya bergantung kepada amalan kita semasa hamil dan juga kehendak Allah. Sekiranya mudah kehendak-Nya, maka mudahlah, Dan sebaliknya Wallauhualam. 

Bawah ni aku nak share DIY air selusuh cara Ustaz Don. Moga bermanfaat lah ilmu yang dikongsi ni. 







Kalau pembaca ada pengalaman sendiri boleh lah share diruangan komen sebab diri sendiri pun nak tahu macam mana dengan pengalaman korang semasa dan selepas bersalin. 













No comments:

Post a Comment