Tuesday, 26 May 2015

Dialog Laki Bini

Setiap pasangan yang dah berkahwin mesti tanam impian nak ada zuriat sendiri kan. So, kami pun sama lah. Ye memang aku baru sebulan je kahwin tapi excited nak ada anak tu membuak-buak tapi takde lah mengharap cuma menunggu rezeki dari Allah sahaja.

Pernah aku cadangkan kat Fadly yang aku nak makan GLA Shaklee, konon untuk kesuburan tapi dia macam risau tak tau pasai apa. Pastu aku google berhari-hari untuk makanan sunnah pulak. Go natural ways la kononnya. Ada juga aku cadangkan kat Fadly tapi takda feedback.

Then bermula lah dialog laki bini ni semalam:

Aku: Abg.. belikan something boleh tak?

Fadly: Ya syg.. nak beli apa lagi ni? ( hahahahah nampak sgt suka mintak2)

Aku: Ingat tak pernah cerita pasal jus delima tu? Tadi google, ramai cakap jus delima Gulsan tu bagus untuk kesuburan.

Fadly: Dari aritu lagi dengar nak beli tapi tak beli-beli lagi kenapa.

Aku: Ala jommm la kita beli tapi ada jual kat kedai arab.. harganya RM13-20 je orang jual. Tapi kedai arab ada kat Ampang je yg Syg tau. Tadi google jugak ada kat Masjid kt Bandar Utama, dekat jeeee..

Fadly: Murahnya.. betul ke tu? Takpe lah jom kita pergi.

Al-kisahnya kami pun lepas makan terus lah pergi masjid tu, cehhhhhhh langsung takde kedai pun. Naharom jugak google ni. Nasib baik dekat.

Aku: Apa kata kita pergi je kedai runcit kat Penchala tu, instead of pergi Ampang yg jauh gila tu?

Sampai ke kedai tu Fadly sorang je yg turun tengok. Aku dah kecewa sbb kat masjid tu takda, maka taknak kecewa kedua kalinya.. hahaha

Fadly: Haaaa nasib baik tak pergi Ampang, nasib baik ada jual RM 15 je! 

Punyalah rancang nak pergi Ampang la, kedai arab whatsoever lah. Tengok-tengok kat kedai runcit kat rumah aku je haa..



Maka sampai rumah sebelum tidur ambil 1 sudu setiap sorang. Rasanya memang masam + manis + kelat. 

Pagi ni kat ofis aku tanya Fadly kat Whatsapp:

Aku: Abg.. malam tadi syg tidur dengkur tak? (okay pecah rahsia aku tidur dengkur tiap hari.. hahaha)

Fadly: Langsung tak dengkur lah. Kenapa ya? Apa rahsia?

Jeng jeng jeng.. semalam aku google katanya ada testimoni yang orang ni dah tidur bebas dengkur. Ni salah satu sebab aku nak sangat cari jus delima dari Turki ni. Tapi tak tau lah kot malam ni aku dengkur pulak kan. hahahaha

Pregnant ke tak tu aku tak tau lah rezeki Allah bagi.. cuma nak mencuba je..

Ada sesiapa yang pernah minum jus delima? Meh lah share cerita sama-sama...

No comments:

Post a Comment