Wednesday, 1 April 2015

Yeaayyyy Dah Boleh Kahwin!

Semalam aku ambil cuti sebab nak uruskan hal-hal kahwin di Ipoh, yela nak nikah kat Ipoh kan. Aku bakal berkahwin dengan warga Indonesia, so banyak borang-borang tambahan yang perlu disediakan. Pagi lagi dah pergi ke Imigresen Ipoh untuk dapatkan pengesahan visa pelajar Fadly. Kat situ je dah 2 jam lebih agaknya. Aku tak tau lah apa yang membuatkan pegawai imigresen tu slow dapatkan pengesahan. Selepas dah setel tu, kene pergi ke Pejabat Agama Islam Ipoh untuk submit borang nikah tu. Alhamdulillah semuanya takda masalah.

Aku bakal dinikahkan oleh adik lelaki aku yang berumur 17 tahun, harap sangat Iwan tak tersasul macam dia pulak yang nak nikah.. hehehehe.. Lepas keluar pejabat agama tu memang kitaorang happy gila laa! Yela sapa tak happy kan, dah boleh kahwin! Ketaq kaki ni tak sabaq dah nak kahwin.. hehehe..

Tarikh nikah aku adalah pada 24 April ni bersempena dengan tarikh lahir aku sendiri. Double joy in my life, Insyaallah!




Muka excited baru lepas keluar pejabat agama.. hehehehe




Behave sikit! 





No comments:

Post a Comment