Wednesday, 8 April 2015

Dugaan Sebelum Kahwin

Assalamualaikum..

Siapa nak kahwin kat sini? Yang dah kahwin ada tak? Apa dugaan yang korang hadapi semasa dalam proses merancang nak kahwin? Dugaan tu takkan pernah lari daripada manusia, ianya lumrah hidup. Dugaan ni Allah bagi bersebab, samada kita mampu handle dengan baik atau end up dengan buruk. Apa yang ditulis mungkin boleh dijadikan panduan.



Duit adalah masalah paling besar kalau nak kahwin zaman sekarang. Apa yang tak masuk akal adalah hantaran ikut pekerjaan & pendidikan. Like seriously? Kalau ada Phd hantaran 20k? Mampu ke lelaki tu? Persoalannya adalah samada pasangan tu sama-sama memahami keadaan masing-masing atau tidak. Katakan lelaki tu hanya lepasan degree dan 4 tahun bekerja dan range gaji hanya 4k. Mampu nak bagi hantaran 15k pada pihak perempuan? Mungkin mampu kalau dia memang rajin menabung. Kos mas kahwin, cincin berlian, kenduri belah lelaki macam mana pula. Mesti dalam 40k pihak lelaki tu kena sediakan. Apa fungsi kita sebagai pasangan mesti lah kurangkan beban lelaki. Jangan lah meminta-minta dengan over sebab yang penting adalah kehidupan lepas kahwin. Nanti lepas habis kenduri mesti nak masuk rumah baru. Sekarang duduk flat je sewa dah RM800, lepas tu nak beli peti ais, mesin basuh, tilam, tv dan macam-macam lagi. Perempuan yang tak memahami akan letakkan semua beban tersebut pada lelaki sahaja. Jangan lah macam tu, kita nak hidup seumur hidup. Mestilah kene bekerjasama dan saling memahami. 

Gangguan orang ke-3 pun kadang-kadang jadi punca bergaduh. Terus terang aku pernah bertunang dan akhirnya putus. Sekarang ni ada juga kadang-kadang x-tunang mengacau luahkan rasa menyesal bagai. Sorry bro.. what past is past okay.. Masa ni lah kita kene kuatkan hati supaya pilihan yang kita buat adalah terbaik dan mantap untuk kita. Jangan disebabkan orang ke-3 tu buat kita bergaduh besar. Macam aku dengan Fadly, kitaorang sama percaya satu sama lain, if ada gangguan pihak ke-3, just terus terang dan jangan sorokkan. 

Masa dalam proses nak kahwin ni lah kita akan ada pengalaman Stupid Argument with our parents. Yes! Sebab setiap kali mak aku call dia mesti tanya benda yang adik aku 2 orang kat rumah mak aku boleh jawab dengan lancar. Warna langsir pun boleh gaduh tau. Semalam pulak pasal carpet.. hehehe.. Bukan lah gaduh besar tapi biasalah anak beranak.. Mak nak warna ni, aku nak warna ni. Sambil on the phone dengan mak, sambil pilih bunga telur. Sabaq nooo...

Stres pikir ada lagi benda-benda kecil yang kita tak nampak. Bunga tangan, baju brides maid, kipas dan payung pengantin, cadar pengantin. Benda ni lah aku dok pikir tiap ari, macam mana nak accelerate kerja so semuanya lancar menjelang hari pernikahan. Buat checklist, check satu-satu dan jangan tinggalkan walaupun item sekecil zarah okay. 

Samada Allah bagi dugaan atau tidak, kalau dah dia jodoh kita maka tak lari kemana. Banyakkan berdoa pada Allah untuk mudahkan urusan kita. 

1 comment:

  1. hi,, i tot its will not happen to me.. but unfortunately.. same goes with me here.. ape yg awk tulis kt ats tuh,, happen to me now!! very2 seteress! =(

    ReplyDelete