Friday, 6 March 2015

Review - MURTAD



Novel fixi - Murtad ni aku beli di Penang masa out station bulan lepas. Kenapa aku beli? Sebab orang dok heboh sangat pasal novel fixi ni so agak terpengaruh nak baca. Then? Yes. Novel ni memang best.

Tajuk je dah nampak agak sarcastic kan? Tapi tolong sarcastic kan minda kau lagi sebelum baca novel ni. That why orang kata 'Dont Judge a Book by Its Cover'. Harganya hanya RM20 sahaja. Sangat mampu milik & worth to read. 

Sinopsis:

Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.
Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.
"Kerja gila apa sebenaqnya ni... haa??" Akhil bertanya keras.
"Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang."
"Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?"
"Ya"
"Nakharrom."
"Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD."


Novel fixi pertama yang aku baca dan agak culture shock jugak lah.. haha. Sebab penggunaan bahasa makian loghat utara dan jalan cerita yang agak mind blowing. Pada aku kenapa ramai orang suka baca novel ni. Sebab watak Adam & Akhil, pasangan adik-beradik kembar yang digambarkan rupa parasnya kacak, & dibentuk wataknya yang menjadi idaman setiap wanita iaitu lelaki-lelaki K-pop. Bekerja sebagai 'Assasin' dalam novel ni yang kuatkan lagi jalan cerita kenapa dorang boleh hidup mewah. Kebolehan & ketangkasan Adam & Akhil bermain dengan senjata terutamanya pistol dan juga hebat dalam seni mempertahankan diri. Tak kurang juga ilmu agama yang tebal didalam diri adik-beradik ni yang membuatkan dorang nekad nak laksanakan kerja untuk membunuh orang-orang murtad yang sudah berulang kali dinasihati supaya mengucap syahadah dan diseru untuk kembali ke jalan Islam. Novel ni ambil tajuk yang kontraversi iaitu Murtad tapi penulis ni bawa cerita ni supaya tak nampak kompleks. Tak dinafikan memang Murtad penuh dengan aksi-aksi yang mendebarkan. Sampai aku pun sambil baca sambil terbayang dalam kepala aksi-aksi dorang bertempur tu. Dialog pun kelakar yang menggunakan longhat utara. Ada juga insiden diserap daripada kisah benar macam insiden pergaduhan di KFC yang mana videonya pernah viral dulu & juga I-city Shah Alam. 

Overall, aku suka novel ni. Worth to read. 





















No comments:

Post a Comment