Total Pageviews

Friday, 19 February 2016

Manfaat & Keutamaan Membaca Surah Al Kahfi



Surat Al Kahfi atau juga disebut Ashabul Kahf merupakan surat golongan Makkiyah atau yang diturunkan di Kota Mekkah. Surat Al-Kahfi merupakan salah satu surat Al-Quran Al-Karim yang mempunyai keagungan dan keutamaan dibanding beberapa surat yang lain. Akan tetapi tidak sedikit dari kaum muslimin yang belum mengetahui keagungan dan keutamaannya, sehingga sebagian mereka jarang atau bahkan hampir tidak pernah membaca dan menghafalnya.

Dr. Muhammad Bakar Isma’il dalam Al-Fiqh al Wadhih min al Kitab wa al Sunnah menyebutkan bahwa diantara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan pada malam dan hari Jum’at adalah membaca surat Al-Kahfi. (Al-Fiqhul Wadhih minal Kitab was Sunnah).

Kesempatan membaca surat Al-Kahfi adalah sejak terbenamnya matahari pada hari Kamis selepas Maghrib sampai terbenamnya matahari pada hariJumaat 

Imam Al-Syafi’i rahimahullah dalam Al-Umm menyatakan bahwa membaca surat al-Kahfi dilakukan pada malam Jumaat dan siangnya berdasarkan riwayat tentangnya. (Al-Umm, Imam al-Syafi’i: 1/237).

Terdapat beberapa hadist yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:

Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)

Kedua, membaca Al Kahfi pada hari Jumaat  adalah mendapat pengampunan dosa diantara dua Jumaat. Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadits hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadits ini adalah hadits paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit. Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ

Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Surat Al-Kahfi Pelindung Fitnah Dajjal

Surat Al-Kahfi yang telah dijelaskan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamadalah untuk menangkal fitnah Dajjal. Yaitu dengan membaca dan menghafal beberapa ayat dari surat Al-Kahfi. Sebagian riwayat menerangkan sepuluh yang pertama, sebagian keterangan lagi sepuluh ayat terakhir.

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,  “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bahagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93).

Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, kerana pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal. Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:

أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ

Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?” Qs. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)

Oleh karena itu, Rasulallah Salallahu ‘alaihi waa Sallam selalu beristi’dzah (meminta perlindunagn kepada Allah) dari empat perkara dalam solat, yaitu: Fitnah Agama (dalam kisah ashabul kahfi), Fitnah Harta (dalam kisah dua pemilik kebun), dan Fitnah Kekuasaan (dalam kisah raja Zulkarnain).

Kerana itu dalam sebuah riwayat di anjurkan membaca surah Al-Kahfi bagi orang yang menemui masa-masa dajjal berkuasa.

“Barang siapa diantara kalian yang mendaoatinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).”(HR. Abu Daud). (anj/R02)

Thursday, 18 February 2016

29 Weeks Pregnancy


Pregnancy can turn the nicest woman into crazed, hormonal she-beast and of-course cried unexpectedly. 

Now at 28 weeks, I deal with a lot of contractors who chasing me for their money. Hey.. I'm a QS, not a finance people! So then, I don't know how to talk nice & felt like wanna scream don't mess with my 3rd trimester! 

Sometime pregnant women not sure if pregnancy hormones making us a bitch or if we have a valid reason for our behavior. Funny.

Wednesday, 17 February 2016

Pika Lula - Handmade Baby Booties

Hello moms & dads! 

Baby booties ni adalah keluaran Pika Lula yang terbaru. Mesti teruja tengok baby booties ni kan? Semuanya comel-comel & geram-geram je tengok dan material juga sangat comfy untuk kulit bayi. 

Semuanya adalah Handmade & Ready Stock. 

Size: 4 - 8 months ( 10-12cm )
Material : Canvas Linen
Price : RM 39
Promo Price : Buy 3 for RM 100

To purchase kindly Whatsapp 0175874060

































Monday, 15 February 2016

DIY Air Selusuh

Assalamualaikum...

Disebabkan kandungan aku dah 29 weeks maka perasaan nervous dan macam2 perasaan lagi bercampur aduk dalam diri ni. Tambah lagi dengan cerita-cerita dalam Facebook yang mana orang ni tertinggal uri dalam perut lepas bersalin, kene czer, kene jahit dan macam-macam lagi buat aku jadi makin takut. 

Tapi Insyaallah aku berdoa agar diberi kekuatan dan keberanian untuk bersalin. Yela siapa tak takut kan? Berdoa dan tawakal pada Allah supaya dipermudahkan proses bersalin nanti. 

Kali ni aku nak share tentang AIR SELUSUH. Turns up baru aku tahu yang air selusuh ni air biasa je a.k.a air mineral or air putih. Dari segi hukum Islam, selusuh adalah harus. Asalkan takda jampi serapah, hembus kanan hembus kiri dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran Islam. 

Fungsi? Menurut kata orang adalah untuk memudahkan proses bersalin tapi aku tak tahu betul ke boleh membantu ibu bersalin dengan mudah. Ada yang kata, air selusuh ni nak mujarab kene suami yang buat sendiri dan bagi isteri minum semasa dalam labour room. 

Yang sebenarnya semuanya bergantung kepada amalan kita semasa hamil dan juga kehendak Allah. Sekiranya mudah kehendak-Nya, maka mudahlah, Dan sebaliknya Wallauhualam. 

Bawah ni aku nak share DIY air selusuh cara Ustaz Don. Moga bermanfaat lah ilmu yang dikongsi ni. 







Kalau pembaca ada pengalaman sendiri boleh lah share diruangan komen sebab diri sendiri pun nak tahu macam mana dengan pengalaman korang semasa dan selepas bersalin. 













Friday, 22 January 2016

Cara Memohon Spouse Visa / Suami atau Isteri Bukan Warganegara

Kali ni aku nak update tentang cara memohon Spouse Visa atau biasa dipanggil visa ikut isteri/suami. Tak kira berkahwin dengan warganegara mana sekalipun, prosedur tetap sama tetapi bayaran berlainan.

Yang aku akan terangkan dibawah adalah untuk warganegara Indonesia sahaja. I repeat.. INDONESIA sahaja sebab pembaca ni ada jenis yang tak paham apa ditulis.

Dah kahwin dengan orang Malaysia so kenelah apply spouse visa untuk yang bukan warganegara Malaysia tu sebab korang nak tinggal lama kat Malaysia kan so takkan nak duduk secara haram? Maka apply lah spouse visa.

Setelah korang nikah dan dah dapat sijil nikah.. Pergi lah ke Pejabat Immigration mengikut tempat tinggal anda ya. Masa pergi ke immigration tu pastikan pasport anda berada di dalam tarikh visa yang sah. Kalau had anda 30 hari sahaja so buat lah dalam masa 30 hari berada disini. Kalau visa dah tamat, balik negara asal atau keluar negara dan masuk semula ke Malaysia dengan visa lawatan yang baru.

Syarat-syarat :

1. Suami isteri wajib hadir bersama
2. Borang-borang boleh didapati di kaunter immigration dan juga di pejabat suruhanjaya sumpah yang terdapat dalam bangunan immigration tersebut.
3. Pasport suami / isteri
4. Kad pengenalan suami / isteri
5. Sijil nikah
6. Gambar berukuran pasport (4 keping setiap sorang)
7. Gambar rumah yang dibeli / disewa
8. Sijil kelahiran suami / isteri
9. Bil air dan elektrik rumah yang dibeli / disewa
10. Sijil lahir anak ( jika berkaitan )
11. Gambar pernikahan / perkahwinan

Kesemua item diatas mestilah dicop Pesuruhjaya Sumpah. Di mana nak cari Pesuruhjaya Sumpah? Di immigration tu dah sedia ada pejabat Pesuruhjaya Sumpah, ringan mulut untuk bertanya dimana ya.

Caj - caj berkaitan:

1. Setem hasil RM 10.00
2. Security Bond RM 500.00
3. Buka fail RM 500.00
4. Social visit pass RM 90.00
5. Multiple entry pass RM 15.00

Total keseluruhan adalah dalam RM 1,105.00. Bawa lah duit lebih sebab kos-kos nak fotostat semua dokumen dan upah cop Pesuruhjaya Sumpah juga perlu dibayar.

Proses permohonan visa ini mengambil masa 7 hari waktu bekerja. Pegawai immigration tu akan bagi tarikh bila visa anda siap.

Untuk permohonan baru memang mahal tetapi visa hanya dilanjutkan selama 6 bulan sahaja. Selepas 6 bulan, suami dan isteri wajib hadir bersama untuk mohon lanjutan visa selama setahun. Setiap visa akan direnew setiap 1 tahun ya. Bayaran untuk lanjutan visa seterusnya adalah RM 115.00 sahaja. Tak perlu bayar mahal seperti permohonan kali pertama.

Permohonan lanjutan visa untuk tahun seterusnya tetap memerlukan borang-borang dan syarat-syarat yang sama seperti diatas. Yang berbeza hanya bayaran lebih murah sahaja.


Sekian....