Total Pageviews

Thursday, 27 August 2015

Serum NOHA Acne Buster Treatment



Siapa pernah dengar tentang serum NOHA Acne Buster Treatment ni? Saya antara yang mencuba produk ni, memang jatuh cinta terus sebab sangat-sangat berkesan untuk hilangkan jerawat, parut, jeragat dan kulit yang berminyak.

Serum rawatan kulit NOHA Acne Buster Treatment. Merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat & berminyak. 






Tak perlu rasa ragu-ragu sebab serum rawatan NOHA ni 100% daripada ekstrak daun neem dan ekstrak kacang soya. Organik & halal. 


Cuba tengok testimoni pelanggan-pelanggan serum NOHA ni:





Testimoni sy pula :

Can you see my glowing skin? hehehehe...


NOTIS 🚩🚩 Serum rawatan NOHA ini mengambil masa lebih kurang 2 minggu bagi menampakkan hasil kerana serum NOHA acne buster dari ekstrak daun ne dan kacang soya ini tidak mempunyai sebarang bahan kimia dan bahan aktif untuk mempercepatkan proses rawatan kulit anda. Kandungan adalah bahan asli dan bahan semulajadi yang sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak merbahayakan kulit. 

Hanya berharga RM77 termasuk pos. Jangan ragu-ragu nak order sebab hasilnya sangat best!

Choose organic way to look beautiful :)

Untuk tempahan sila Whatsapp: 

+60175874060

Wednesday, 12 August 2015

Repair IPhone 5s di i2fix.com Setapak

Dah 2 bulan Iphone aku buat hal selalu sangat off habis bateri tapi bateri ada 60% lagi.. Aduhhhh rasa susah sangat sebab kalau emergency, tetiba handphone mati pulak bila tinggal 60%. Aku survey dan google tempat mana yang boleh repair Iphone dengan spare part original. Ada juga lah niat nak beli Iphone 6 tapi tutup mata jela tak kuasa nak bazir duit nak dekat 3 ribu hanya untuk handphone. Bila dah tua-tua ni, ecehhhhh.. rasa macam handphone hanya untuk call dan whatsapp sahaja. 

So aku jumpa satu tempat ni namanya 'i2fix.com'. Ada banyak cawangan tapi aku pergi cawangan di PV128, Jalan Genting Klang, Setapak. Orang kat facebook cakap bagus so aku pergilah. 

Aku macam blur bangunan apa ni PV128, apa benda punya tempat ni. Rupanya satu bangunan yang banyak shop lot. Aku ingatkan PV128 tu nombor shop lot je. Gigih tengok Waze kalau tak memang sesat lah. Terletak di tingkat 2 tapi agak sunyi sebab tak banyak kedai yang buka masa aku pergi tu. Bila sampai tu lega sikit sebab tak ramai orang untuk tunggu giliran. 



Nampak tak yang pekerja di i2fix.com repair handphone betul-betul depan mata kita? Bila tiba giliran aku, dia tanya apa masalah handphone dan cek dulu condition iphone aku dan bagi tahu kos bateri adalah RM180. Actuallty aku dah tau sebab ramai sangat tanya soalan kos tukar bateri di Facebook i2fix.com ni. So aku datang dah get ready duit untuk tukar bateri. Kalau tukar di iphone center lagi mahal. Baik aku tukar di i2fix sebab produk yang digunakan tetap sama original. Rupanya bateri iphone aku dah mengelembung sampai menolak skrin LCD. Aku ingatkan iphone aku kembung kat tengah sebab pakai screen protector, rupanya bateri kat dalam dah kembong tunggu nak pecahkan skrin LCD je. Nasib baik cepat tukar bateri. 

Sambil dia tukarkan bateri tu, sambil dia bagi aku tips macam mana nak jaga bateri supaya tahan lama. Bagus juga sebab dengan kos yang sangat berpatutan, servis di depan mata dan dapat pulak tips dan info berguna untuk jaga handphone supaya tahan lama. 

Harap maklum bahawa tempat ni hanya repair produk Apple sahaja ya.. Sesiapa yang ada masalah dengan iphone atau ipad boleh lah dibawa kesini untuk dibaiki. 

Monday, 27 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

Nak update gambar raya sebab semua orang update gambar raya.. hehehe

Maklumlah pertama kali berhari raya ada suami :)





















Thursday, 23 July 2015

Ramai Sangat Tanya Aku





Ramai sangat tanya aku berkenaan dengan entri Syarat Berkahwin Dengan Warga Asing . Aku baru lepas edit entri ni supaya lagi lengkap dan tiada lagi pertanyaan-pertanyaan rambang dari pembaca.

Jujurnya.. setakat hari ni lebih 10 orang Whatsapp dan sms aku untuk tanya berkenaan dengan prosedur berkahwin dengan warga asing. Kebanyakkannya nak berkahwin dengan buruh kasar yang datang dari Bangladesh dan Nepal. Daripada yang tanya tu juga ada yang meluahkan perasaan keluarga menghalang perkahwinan. Hurmmm.. Satu je nak bagitahu, luah masalah pada aku boleh tapi apa yang aku boleh buat hanya nasihat je sebab aku sendiri pun tak kenal orang yang bertanya tu. 

Ada juga yang bertanya boleh ke berkahwin tanpa wali sebab ahli keluarga tak restu. Astagfirullah, tak sah lah nikah tanpa wali, tu kan rukun nikah. Apa yang aku boleh bantu hanya nasihat untuk pujuk dan dapatkan juga restu ayah atau adik beradik lelaki sebapa. Jangan lah disebabkan cinta, soal agama pun ditolak ketepi. Screenshot diatas adalah yang paling latest sekali semasa hari raya ni, tiba-tiba ada hamba Allah yang bertanya dan terus luahkan perasaan. Yang ni aku suruh Fadly yang reply. Bukan senang-senang tau nak pakai wali Hakim, mesti ikut syarat tertentu. 

Rupanya banyak lagi masalah orang lain yang niatnya baik untuk berkahwin tapi keluarga tak restu. Daripada pertanyaan-pertanyaan diorang ni lah baru aku buka mata yang tanpa restu keluarga dan wali, memang agak susah kita nak berkahwin dengan pilihan hati. Usaha lah untuk dapatkan restu mereka. InsyaAllah.. Allah tunjuk jalan untuk kita dengan doa dan usaha berterusan. 

Kepada yang ada lagi kemusykilan berkenaan dengan syarat dan prosedur untuk berkahwin dengan warga asing boleh je tanya aku secara privasi atau ruangan komen. InsyaAllah akan dibantu mana yang aku tahu. 

Wednesday, 15 July 2015

Bercinta Selepas Kahwin




Alhamdulillah...

Hampir 3 bulan usia pernikahan aku. Belum lagi puas bercinta. Kami kenal 18 December 2014, selepas 2 minggu kenal, Fadly tanya aku samada aku sudi jadi isteri dia. Pada 17 Januari 2015 terus dia bawa keluarganya merisik aku. 

Halangan keluarga? Ya.. awalnya mak aku bising kenapa aku nak kahwin dengan orang Indonesia. Aku cakap, takpa jumpa tuan empunya badan dulu dan family nya. Alhamdulillah.. Allah buka mata mak aku dan suka dengan bakal menantu dan bakal besan. Kenapa? Tak semua orang Indonesia tu low class dan hanya kerja buruh kasar di Malaysia. Siapa Fadly? Dia masih lagi seorang pelajar PhD in Islamic Economy di Universiti Malaya dan sekarang bekerja sebagai seorang Chef. Secara jujurnya, mestilah aku pun ada citarasa tersendiri untuk pilih bakal suami sebab tu aku pilih dia. Fadly seorang yang berpendidikan, termasuk juga adik beradiknya yang lain. Ilmu agama yang cukup, tutur kata yang sopan dan menghormati dan juga menghargai aku sebagai seorang wanita dan isterinya kini. 

Pada 24 April 2015 sempena hari lahir aku, Alhamdulillah syukur pada Allah, selamat menjadi seorang isteri kepada Fadly. Hadiah hari lahir paling indah untuk aku. Singkat kan masa tu, tak sampai 4 bulan, kami terus rancang nak bernikah. Sepanjang 4 bulan, kami gigih cari duit untuk kahwin dan cuba buat majlis paling simple dan menjimatkan kos. 

Mestilah tak puas lagi bercinta, kenal baru 4 bulan. Hampir setiap hari aku akan cakap pada Fadly yang aku tak percaya yang kami dah kahwin. Dia tanya kenapa, Aku cakap indah sangat nikmat berkahwin ni. Masing-masing cuba lagi suaikenal sesama sendiri. Kenal dan perbaiki diri sendiri untuk keharmonian rumah tangga.

Jangan lah kita mind set minda kita dengan post di Facebook tentang boyfriend paling sweet tahap diabetis, bagi hadiah mahal-mahal, buat ayat romantis meleleh. Mungkin itu tuah wanita tu dapat seorang lelaki yang kaya dan romantik. Bila kita cari boyfriend pun nak yang kaya dan romantis, dah tu bila kita nak kahwin. Nak lelaki yang perfect tapi pernah kita fikir yang kita ni perfect? Boleh jadi isteri solehah yang menurut kata suami, menutup aurat dan menutup aib suami? Ni lah mentaliti masyarakat kita yang terlalu taksub dengan cerita dan gambar indah pasangan lain bercinta di Instagram dan Facebook. Hakikat sebenar disebalik hubungan diorang, kita tau? Bila kita dah mind set nak lelaki perfect, rumahtangga nanti mesti porak peranda. Kenapa? Kalau suami tak bagi hadiah Iphone, kita lekehkan dia cakap suami orang lain bg Iphone pada isteri dia. Suami tak bagi gelang emas untuk raya pun diperlekehkan. Derhaka lah isteri tu pada suaminya.

Ada juga perangai yang suka tag suami pada entri-entri di Facebook yang macam bandingkan kredibiliti suami. Sekarang tengah viral di Facebook tentang suami yang hanya follow isterinya sahaja di Instagram dan buat ayat romantis pada setiap gambar. Kemain lagi aku tengok para isteri ada yang tag suami pada entri tu. Motif? Suami kau tak terasa? Orang lain nampak kau tag suami dan mesti orang lain anggap suami kau tak romantik. Itu lah penyakit zaman sekarang. Aku tahu aku tak perfect tapi aku tau beza dosa dan pahala dalam keihlafan diri sendiri.

Belajar lah untuk terima kekurangan dan kelebihan diri masing-masing. Ukur baju dibadan sendiri. Perkahwinan bukan untuk sehari dua tapi untuk selama-selamanya sehingga akhir hayat jika dipanjangkan umur. Dalam rumahtangga mesti ada dugaan yang datang, tapi tabah lah untuk hadapinya dan bukan cepat melatah dengan berkasar sesama sendiri. Tanggungjawab suami adalah untuk menyediakan tempat tinggal dan memberi makan kepada isteri. Ya, memang seorang suami patut memasak dan menyediakan makanan untuk isteri. Tapi, kalau kita memasak dan menyediakan makanan untuk suami, itu namanya EHSAN. Ehsan yang ikhlas dari seorang isteri pada suami yang penat cari rezeki untuk keluarga. Ehsan juga kalau kita membantu suami dari segi kewangan kalau dia tengah dalam kesempitan.

Ada kawan-kawan aku yang  minta pendapat best ke kahwin tu. Of course lah best! Lain dari hidup membujang. Tapi aku tak dapat nak explain macam mana best tu, hanya orang dah kahwin je faham bestnya hidup bersuami. Ada yang takut dapat suami yang jahat. Semasa bercinta baik dan memberi apa sahaja untuk kita, bila dah kahwin langsung tak pedulikan kita. Apa yang aku boleh cakap adalah. Life is Gambling. Tak cuba kita tak tahu, perkahwinan tu satu perjudian juga. 

Memang aku tak pandai memasak, Fadly yang pandai masak dan mestilah lagi sedap. Bila aku memasak aku takkan bagi dia tolong aku dan hanya tunggu je depan tv sebab aku nak rasa macam mana dia penat memasak di kedai dan rumah. Tapi bila dia memasak untuk aku, kami memasak sama-sama. Aku tolong dia memasak di dapur dan belajar masak juga, Nampak tak ehsan tu macam mana sekarang? Bukan bab memasak je yang kita kene faham, tapi dari segenap aspek rumahtangga. Sama juga dengan tolong basuhkan kain, lipat baju dan iron baju. Sama-sama lah buat kerja rumah, jangan berkira sangat. InsyaAllah, Allah redhai dan berkati dengan rezeki anak dan lain-lain juga. 

Masa hari nikah aku hadiahkan sesuatu untuk Fadly, bukan material tapi satu ucapan penghargaan untuk dia:

24 April 2015

Double joy in my life as it is my birthday & I am officially a wife. Alhamdulillah.. Allah swt still keep me breathing for another day to live as a newly wife.

Thanks Fadly for asking me to marry you. I marry you without hesitation or doubt. No words can describe how much I feel happiness and excitement. I'm still miss you even you're sitting in front of me. 

Do you remember when you cooked a mashed potato for me and wrote I Love U on top of it? But I didn't noticed that because I'm super hungry women that time.. Haha that's the most romantic thing you did to me but I spoiled it. 

I promise to always be your biggest fan and your partner in crime. I will love you faithfully through the difficult and easy. What may come, I will always be there. As I have given you my hand to hold, so I give you my life to keep.

Semoga usia perkahwinan 3 bulan ni kekal sampai akhir hayat dan cuba perbaiki diri lagi untuk jadi isteri dan suami yang solehah. 

Amin.....