Total Pageviews

Friday, 8 May 2015

25 April 2015 - Reception Day

Okay.. ini pulak gambar-gambar masa hari bersanding bertempat di Manjoi, Ipoh. Pelamin tu memang semuanya guna barang sendiri tau dan deco oleh bridesmaid aku sendiri. Jimat duit nokss.. 



























24 April 2015 - Solemnization Day

Gambar-gambar dibawah ni diambil oleh photographer Ho Syahrul daripada Ipoh. Gambar memang cantik. Tapi yang dia bagi aku ni gambar-gambar raw yang belum di edit untuk tatapan sementara. Album dan frame masih belum siap lagi. 

Dress nikah pulak aku tempah pada Abim Hassan. Cantik sangat kene dengan citarasa simple aku. 

























 

Wednesday, 6 May 2015

24 April 2015 - My Birthday and Solemnization

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana pada tarikh lahir aku yang ke-27 pada 24 April 2015 akhirnya aku bergelar seorang isteri. Memang tak sangka selama ni dok mintak jodoh rupanya jodoh aku pada tarikh lahir yang ke-27. Syukur Ya Allah...

Tak boleh nak dibayangkan lah sepanjang 24 April hari Jumaat tu memang aku nervous gila! Kejap duduk kejap berdiri kejap rasa macam nak terberak pun ada. Nervous nokkss lepas Asar tu nak jadi bini orang dah. Sedara-mara aku ramai yang sampai hari Jumaat petang & juga hari bersanding pada hari Sabtu esoknya. My three beautiful bridesmaids tiba hari Khamis dan Jumaat juga. Terharu sebab ramai yang datang temankan masa nikah. 

Aku dinikahkan di Masjid As-Saadah, Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh. Kedua-dua belah pihak pun datang untuk meraikan acara akad nikah di masjid. 

Alhamdulillah dengan sekali lafaz akhirnya aku selamat menjadi isteri kepada Fadly. Dinikahkan sendiri oleh adik aku yang berumur 17 tahun. Gila jiwa kental kan kau Iwan! hehehe...


Husband & Wife 






Muka nervous!

Setiap orang yang dah kahwin mesti rasa apa yang aku rasa. Perasaan yang terlalu gembira, lega & bersyukur sangat-sangat bila dah sah lafaz nikah tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah swt. 

Mak pulak muka nervous


My beautiful bridesmaid


Iwan muka tension dah kenapa.. hehe

Apak & Mak Mertua ku








Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com