Total Pageviews

Monday, 10 November 2014

Check List 5 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan

Assalamualaikum wbt..

Sebelum ni sy ada buat entri tentang Tips Berjimat untuk Majlis Perkahwinan , tapi kali ni sy nak buat entri tentang check list perkahwinan anda yg hanya tinggal 5 bulan sahaja lagi.

Ni adalah diantara senarai-senarai berdasarkan persediaan sy sendiri.. hehe

1. Catering

Pastikan korang dah booking catering cepat-cepat sebab harga minyak naik maka harga barangan dan makanan semuanya naik. Tamban lagi tahun depan GST bakal dilaksanakan so confirm lah harga catering satu kepala akan meningkat.

Sebelum booking catering, korang kene senaraikan tetamu yg akan dijemput. Baru lah kita tahu berapa bajet kita untuk catering nanti. Pastikan catering yg korang pilih tu memang sedap! Ni penting sebab kita ni nak meraikan tetamu sempena perkahwinan kita maka jamu lah dengan makanan yg sedap tapi jangan membazir. Pastikan juga catering tu ada rekod baik, maksudnya takda rekod orang makan sakit perut. Bukan apa kan ada kes makan kenduri lauk dah nak basi.

Harga & servis yg ditawarkan pihak catering mestilah berpatutan. Korang kene pandai nego baru dapat harga best. Paling best bawak mak ayah korang sekali sebab mereka paling berpengalaman dalam macam ni.

2. Pakej Persandingan

Pelamin, baju sanding, baju nikah & dekorasi tambahan untuk meja makan dan juga entrance kene pastikan harga yg berpatutan. Kalau dah semua ni lebih 10k, lupakan lah. Buat apa kita membazir. Tapi kalau ada bajet & betul-betul nak hari persandingan korang adalah memori paling indah, boleh je nak spend lebih sikit. Ikut kemampuan masing-masing.

5 bulan sebelum hari persandingan kita dah kene confirm warna apa yg kita akan pakai semasa hari persandingan tu. Pilih warna, pilih tema & pilih pakej perkahwinan yg ditawarkan butik-butik pengantin. Lagi bagus kalau survey dalam 3-6 butik pengantin. Baru jelas dan kita boleh bandingkan harga yg berpatutan & servis terbaik.

3. Photographer

Mula mencari photographer melalui kawan-kawan, Facebook, Instagram atau lain-lain. Kene cepat booking sebab selalunya photographer yg best-best mesti dah fully booked. Tambah lagi musim cuti sekolah lagi lah ramai orang kahwin.

Macam biasa, bandingkan 3-6 pakej photography. Pastikan kualiti gambar photographer tu memang tip-top & harganya berpatutan. Pastikan juga apa yg terdapat dalam pakej tersebut. Pada sy, pilih photographer kene cerewet sebab mereka capture moment paling indah dalam hidup kita.

4. Door Gift

Yg ni pun kene confirm awal-awal juga sebab nanti takda lah lari bajet. Selalunya perbincangan dengan mak ayah akan menjurus kepada door gift yg berasaskan makanan. Kadang-kadang ada yg sedara-mara sponsor. Untunglah kau! haha..

Kalau door gift untuk orang dewasa tak payah lah bagi gula-gula atau keropok. Macam tak sesuai je rasanya kan. Bagi bahulu sebiji saiz besar pun dah best.




UPDATE: SEGMEN DREAM ESCAPE REDBELLAS



Nampaknya sambutan untuk segmen saya ke-2 ni bagus jugak. Kita boleh share tentang tempat percutian idaman masing-masing. Memang best sangat baca korang punya entri. Tak sabar nak pilih pemenang! hehe..

Okay.. kepada sesiapa yg belum join lagi, jom lah! Saya nak bg hadiah menarik untuk korang ni. 
Jom sebarkan segmen ni okay..




Ahmad Ahmad - Dah


Chorus:

Kini semuanya sudah terlewat
Jangan diharap tak mungkin dapat
Kini ku sudah tak obsesi lagi



Sudah jangan hubungi aku
Nyata ku ini bukan piala mu
Sungguh jangan simpan di hati
Kita berdua tak relevan lagi



Berluka dihujani hari ku
Dengan sangkaan emosi kelabu
Semalam biar saja berlalu
Mungkin aku pejam namun aku tak ragu



[Ulang Chorus]



Aku dah penat
Rasa berat dengar ayatmu bagaikan sengat
Anggap saja
Mimpi ngeri yang berlaku jadi igauan hidupmu



Tadadadada
Tadadadada
Tadadadada
Tadadadada



Dah
Jangan dinanti aku
Kau harus ada teman baru



Dan bila tak saling memahami
Apa untungnya saling menyakiti



Ohh..
[Ulang Chorus]



Ohh..
Aku dah penat
Terasa berat kemahuanku agar kau selamat
Ku tak mahu membahagi diriku



Kini semuanya sudah tiada lagi
Dalam hidupku dalam hariku


Aku dah penat

Mengejar apa yang dimimpi
Yang telah berlalu sekian waktu



[Ulang Chorus]



Aku dah penat
Terasa berat dengar ayatmu bagaikan sengat
Kini ku sudah tak obsesi lagi

Thursday, 6 November 2014

Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape


Bismillahirrahmanirrahim.. ini kali ke-2 sy nak buat acara blog walking. Kali pertama dah setel bagi semua hadiah pada pemenang. Blog walking edisi ke-2 ni sy nak korang share mana tempat percutian yg korang nak pergi sangat-sangat dalam hidup korang. Terpulang dah pergi atau belum pergi. 

Ceritakan secara ringkas kenapa korang nak pergi ke tempat tu. Macam sy pulak teringin sangat-sangat nak pergi ke Ladakh, India. What? India? Seriously? Haha.. jangan tipikal sangat ya. Sy nak pergi sana tempatnya sangat cantik terutamanya Tasik Pangong Tso. Subhanallah cantik sangat ciptaan Allah. Tasik tu jugak lokasi filem 3 Idiots tau. Tahu kan cerita hindustan yang Amir Khan berlakon tu? Haha..

Okay okay Enough!

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Tajuk entri : Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
2. Letak gambar lokasi 'Dream Escape' korang & nama lokasi tu pada gambar tersebut
3. Cerita secara ringkas mengenai tempat tersebut
4. Link entri anda ke blog saya & tinggalkan link di ruangan komen
5. WAJIB Follow blog saya
6. Tag 2 blog rakan anda

Dua Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri iaitu saya akan review setiap entri korang yg paling menarik.

Pemenang akan dihadiahkan dengan barangan IKEA daripada saya.

Segmen ni berakhir 30 November 2014

Jom kita rapatkan & tambahkan jalinan ukhwah dikalangan blogger-blogger Malaysia & luar negara. 

Tuesday, 4 November 2014

Pengalaman Lari dari Kerja

Walaupun benda ni dah berlaku Jun-14 tapi aku nak cerita jugak benda ni kat korang. Ni pengalaman aku bekerja di construction company di Penang. Of course bukan melayu, biasalah Penang kan..

Nak dijadikan cerita lepas tamat kontrak sebagai QS di MMC-Gamuda JV, aku apply kerja sekitar Georgetown jugak. Pergi interview pastu balik terus dapat call kata diterima kerja. Okay.. hari first happy la datang kerja. Termasuk aku ada 2 orang je melayu, aku terpikir dimana aku nak solat dalam office ni sebab ruang terhad. Aku dah aim bilik meeting sebab jarang guna. 

Aku berpakat dengan melayu perempuan ni jom tanya bos.

Aku: Bos, kami nak ruang untuk solat boleh tak?
Bos: Ya boleh-boleh.. U nak berapa carpet (sejadah lah!)? 3 cukup?
Aku: Thanks bos. I really appreciate that.

Okay dalam hati aku dah happy sangat ni sebab tak payah pergi masjid jauh-jauh nak solat zohor & asar. Lega dapat solat dalam office, yelaa company bukan melayu kan. But they should provide a space for muslim staff to pray. Betul tak?

Sambung cerita balik.. Selang beberapa jam, HR Manager panggil aku. 

HR: I want to inform that both of you cannot pray in our office because we are afraid meeting room will be used while you're prying. Nanti kacau staf lain maaa..
Aku: Ok Thanks.

Aku berlalu pergi sambil aku menyumpah dalam hati. Kenapa aku tak boleh solat dalam office? Kalau aku solat nanti kacau orang? Serius? Muslim tak solat sambil menari atau terpekik terlolong okay. Muslim solat dalam keadaan tenang & kusyuk. Kenapa at first bos aku cakap boleh & akhirnya HR cakap tak boleh. Baru aku tahu yg HR hasut bos aku jangan bagi solat kat office.

Okay never mind lah.. Setiap kali waktu rehat pukul 1 hingga 2 petang aku akan bergegas ke surau berdekatan untuk Zohor & Asar dibuat di rumah. Aku bertahan selama 6 bulan walaupun dalam hati aku tak tahan kerja sini sebab workload + bos campur tangan; buat aku fedup. 

So aku bertekad bulan Jun tu apa pun jadi aku tetap nak tukar kerja di KL start 1 July nanti.. Haa nampak tak betapa tekadnya aku fedup dan nak berhenti kerja tanpa bagi notis 3 bulan? Apa nak jadi jadi lah! Hahahaha.. 
Aku ulang alik KL 4x bulan Jun tu semata-mata pergi interview. Siap mak aku teman aku dan masa nak bayar makanan di RNR, baru aku tau aku tertinggal dompet dirumah. Nasib baik mak aku ada! Dia lah penyelamat duit makan & tol aku.. hahaha

Alhamdulillah aku dapat kerja di KL, maka 28hb Jun dapat gaji. Dalam kereta aku dah menimbun barang nak pindah. Habis kerja aku terus cabut balik rumah mak aku di Ipoh. Haaaa.. rasakan kau company Penang! Bye bye lah kan..

1st day aku kerja di KL aku dah siap-siap block contact number semua staf office Penang aku tu. Selepas seminggu aku dapat surat menyatakan mereka akan saman aku kalau aku tak bayar 3 bulan gaji pd mereka. Arghhhh tak boleh jadi ni. Aku pun balas surat tu melalui email yang menyatakan aku tak sesuai bekerja di company tu dan isu tak boleh solat tu adalah salah satu isu besar pada aku sebab aku Muslim. Akhirnya surat aku takda balasan dan senyap sampai harini. Takda tindakan saman ke mahkamah untuk aku.

Pengajarannya kepada yg own the company, please la provide a space for Muslim utk solat. Shopping complex pun provide Surau takkan lah office non-muslim tak boleh nak respect each order punya religion. Tapi pengajaran lari dari kerja tanpa notis berhenti tu tolong jangan ikut okay. Haha