Total Pageviews

Monday, 18 August 2014

Blogwalking MERDEKA bersama Ayuinsyirah


Kali ni aku nak join BlogWalking Merdeka By Ayuinsyirah pulak..
Yelah sebagai blogger baru kene lah merapatkan silaturrahim sesama blogger & pembaca blog. Tambah lagi nak merdeka ni kan kenelah bersama-sama mesra sesama kaum. 

Anyway.. Hai AyuInsyirah!!

Happy Merdeka Day!!



Friday, 15 August 2014

Segmen BlogList: Cerita Adinda Baizura Mazlan





Hye ABM! Saya nak join segmen blogwalking ni jugak. Yelah, kan baru lagi dalam dunia blog ni. So nak jugak berkenalan dengan blogger-blogger yang ada. Tambah kawan tambah pengalaman kan! Sedih tengok takda orang follow lagi.. So sad.. huhu.. Nice to meet you..

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/


JOM BLOGWALKING BY MUMMYLIZZ

Assalamualaikum semua..


Jom kita buat BlogWalking ke blog MummyLizz!! Sambil jalan-jalan sambil kenal-kenal..



Klik link di bawah:












Tuesday, 12 August 2014

Tips Berjimat Untuk Majlis Perkahwinan - DIY

Entri ni aku buat untuk golongan marhaen macam aku je yang tak mampu nak buat pelamin ribu2 + fresh flowers + wedding decorator retis! hehehe.. tapi entri ni mengajar kita untuk pandai berjimat semasa perancangan nak kahwin sebab sebenarnya kehidupan lepas kahwin tu lagi penting daripada persandingan serba mewah. Betul tak?

Zaman sekarang nak kahwin kene standby duit dalam RM30,000 ke atas. Ni untuk belah lelaki. Kalau belah perempuan pun still kita kene standby RM10,000 ke atas walaupun dapat duit hantaran daripada pihak lelaki. Ni bajet untuk orang macam aku lah, kalau orang yang memang ada bajet lebih boleh buat kenduri 3 hari 3 malam di hotel atau golf club. Yang tu aku tak buat entri ya pasal bajet lebih boleh buat apa ya...

Segalanya boleh DIY!! Apa DIY tu? Do It Yourself! Kenapa? Sebab kita boleh guna barang-barang lama dan terpakai dan boleh nampak baru & cantik. Ini lah dilema semua orang... Sebab terpaksa cut bajet untuk majlis perkahwinan.

So, aku planning nak buat semuanya DIY. Antaranya:

1) Kad kahwin

Apa kata daripada membazir tempah kad di kedai bayar beratus-ratus untuk kad yang cantik meletops dan akhirnya orang buang jugak ke dalam tong sampah? Ya, kalau aku pun aku tak simpan kad kahwin orang sebagai kenangan. Maka kita buat sendiri kad kahwin kita. Buat map guna Sketch Up dan buat invitation tu pakai Microsoft Words je. Mudah kan? Lepas tu print pakai printer sendiri dan beli kertas warna-warna di kedai buku. Jimat dan mudah. Bawah ni aku sertakan contoh-contoh untuk jadi inspirasi korang.




2) Baju Nikah & Sanding

Sopannya kalau pakai jubah kan? Ada yang cantik pakai baju kurung moden. Buat apa tempah beribu-ribu pada designer dan kita simpan dalam almari je. Baik kita pilih kain, tempah dan design sendiri. Jangan terlalu sarat sebab selepas tu kita boleh guna lagi untuk dipakai raya atau ke majlis-majlis. Sederhana tu bagus kan? Beli Jubah Zawara pun boleh, jahit lace dan manik sendiri untuk nampak lagi berseri-seri baju nikah kita. Jadikan inspirasi daripada designer local dan luar negara untuk dijadikan baju nikah dan sanding korang. Mesti cantik berseri-seri. 







3) Pelamin

Kita pun sedia tahu yang adat merenjis dan bersanding ni hanya adat semata-mata. Tidak digalakkan dalam Islam. So, pada aku baik buat pelamin hanya untuk bergambar dengan tetamu dan sanak-saudara yang datang dari jauh tu. Kalau aku suka tema garden so aku idamkan bunga-bunga yang cantik menghijau jadi backdrop pelamin aku. Tapi ni versi murah ya sebab tanam sendiri pokok di rumah dan dijadikan backdrop. Kalau korang ada buaian, cat kan baru supaya nampak berkilat dan cantik. Atau memadai pakai kerusi panjang yang dicatkan semula untuk dijadikan kerusi pengantin. Mana yg ada tanah lapang di rumah tu boleh la menanam pokok daripada sekarang. Atau nak express boleh beli bunga dah siap atau artificial di kedai bunga berhampiran anda. Atau korang nak pakai barang-barang antik dan ditambah dengan barang-barang moden. 






Entri lain aku akan sambung sembang pasal DIY ni. Setakat ni je idea aku untuk DIY sebab tengah busy buat taking-off. Haihhh mengelat waktu kerja! Bye!!








Saturday, 9 August 2014

COQ Health Plus Shaklee - Penawar Sakit Jantung, Diabetis & Darah Tinggi

CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.




  1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel. 
  2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.
  3. Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.
1 kapsul CoQHealth= 28 cawan brokoli.

Manfaat Utama
Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung 
  1. Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  2. Penyakit Gusi
  3. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  4. Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
  5. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
  6. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  7. Penting untuk kesihatan ginjal
  8. Membantu merawat migrain.
  9. Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  10. Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.

Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Cara pengambilan
1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 


Kenapa COQ10 Shaklee istimewa?
  • Gabungan Con enzim, vit-e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL
  • semestinya semulajadi dan tiada bahan sintetik.

Gejala kekurangan CoQ 10

Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut:

riboflavin (B2), 
niacinamide (B3), 
asid Pantothenic (B5), 
pyridoxine (B6), 
cobalamin (B12), 
asid folik, 
vitamin C, 
dan banyak unsur-unsur surih yang lain. 

Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks co-enzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis co-enzim Q10.

Tanda-tanda kekurangan co-enzim Q10 termasuk: -

- Kegagalan jantung kongestif
- Tekanan darah tinggi
- Angin
- Prolaps injap mitral
- Strok
- Jantung aritmia, - cardiomyopathies
- Kekurangan tenaga
- Gingivitis
- Dan kelemahan umum sistem imun.

Co-enzim Q10 terlibat dalam pengeluaran tenaga. Kekurangan CoQ10  memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan kekurang co-enzim Co Q10.